Tak pakai pelitup muka,Menteri buat hal lagi?
Tak pakai pelitup muka,Menteri buat hal lagi?. Zuraida Kamaruddin hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Putrajaya.
Bagaimanapun berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial kementerian tengah hari ini, dia dilihat tidak memakai pelitup muka dalam sesi itu.
Namun, dalam keadaan lain, dia dilihat memakai pelitup muka.
Sementara itu, Facebook kementerian menjelaskan, Zuraida tiba di kementerian pada 8.27 pagi, disambut pentadbiran tertinggi kementerian.
Mereka terdiri daripada Ketua Setiausaha Ravi Muthayah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Abdul Hadi Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Mad Zaidi Mohd Karli.
Setiausaha-setiausaha bahagian turut hadir.
Turut melapor diri ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Wee Jeck Seng.
“Suatu taklimat ringkas dan majlis sesi suai kenal bersama ketua-ketua pengarah agensi dan ketua-ketua pegawai eksekutif majlis turut diadakan secara dalam talian,” menurut kementerian.
Sementara itu, Zuraida juga memulakan tugas pertamanya dengan menghadiri mesyuarat kabinet secara atas talian.
Dia dilantik ke jawatan tersebut oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Sebelum ini di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, dia adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Zuraida bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Isnin lalu.
Tak pakai pelitup muka,Menteri buat hal lagi?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat
- Ayda Jebat berang netizen persoal alat sulit suami
- Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah
- Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia
- Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan
- PKR, DAP terima dana asing NED?
- ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO
- Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu
- Nabila tapis dahulu siapa jadi mak tiri Jebat
- Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
- Kelas Silat Online Malaysia yang pertama
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.