Allahyarham Mohamad Azrin wira kita – PM

Sebaran :

Allahyarham Mohamad Azrin wira kita – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamed Isa yang ditemui lemas hari ini selepas terjatuh di Sungai Pahang, Ahad lalu.

“Satu berita yang menyedihkan kita terima hari ini, jenazah Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang hilang beberapa hari lalu telah dijumpai.

“Allahyarham merupakan wira kita yang menyertai eksesais Para Predator di Sungai Pahang pada 29 Ogos lalu. Takziah daripada saya kepada keluarga Allahyarham,” katanya hari ini.



Ismail Sabri turut mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 30 Ogos lalu melaporkan seorang anggota tentera yang terlibat dalam latihan Eksesais Para Predator di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Allahyarham Mohamad Azrin wira kita – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’


Sebaran :

Leave a Reply