Ziyad pertahan emas Paralimpik, pecah rekod dunia
Ziyad pertahan emas Paralimpik, pecah rekod dunia
Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menunaikan janjinya dengan bergaya apabila menghadiahkan pingat emas kedua buat negara pada Temasya Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
Beraksi dalam acara lontar peluru F20, atlet berusia 31 tahun itu jelas berada dalam kelas tersendiri selepas memecahkan rekod dunia miliknya hanya pada lontaran pertama apabila mencatat 17.31 meter (m).
Bagaimanapun, atlet dari Ukraine, Maksym Koval memberi saingan apabila memecahkan rekod Ziyad dengan catatan 17.34m untuk ‘menolak’ sementara Ziyad di kedudukan kedua.
Namun, Ziyad enggan membiarkan pingat emas yang dimenanginya di Rio terlepas dari dakapan dan ‘menuntut’ semula rekodnya apabila melakukan 17.94m pada lontaran ketiga.
Kejayaan itu membolehkan ‘Super Ziyad’ mencetus sensasi – berjaya mempertahankan emas, menjadi pemilik rekod dunia F20 dan mengatasi catatan atlet normal, Adi Aliffudin Hussin yang memegang rekod kebangsaan dengan 17.54 meter serta meleburkan rekod Sukan SEA (17.74m).
Malah, dia muncul sebagai atlet pertama negara memenangi emas dalam dua temasya Paralimpik berturut-turut sekali gus menepati sasaran yang diletakkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke atas dirinya.
Lebih manis, kejayaan ini pasti akan dikenang sampai bila-bila memandangkan Ziyad memenangi pingat emas itu pada tanggal Hari Kebangsaan, 31 Ogos.
Kejayaan itu membolehkan skuad negara menambah satu lagi pingat untuk menjadikan tiga pingat berjaya diraih kontinjen negara secara keseluruhan pada temasya itu setakat ini.
Sebelum ini, Bonnie Bunyau Gustin menyumbang emas pertama dalam acara powerlifting 72 kilogram (kg), Sabtu lalu disusuli rakan sepasukannya, Jong Yee Khie yang meraih perak dalam acara powerlifting 107kg. BH
Ziyad pertahan emas Paralimpik, pecah rekod dunia
Baca Artikel Menarik :
- Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat
- Ayda Jebat berang netizen persoal alat sulit suami
- Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah
- Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia
- Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan
- PKR, DAP terima dana asing NED?
- ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO
- Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu
- Nabila tapis dahulu siapa jadi mak tiri Jebat
- Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
- Kelas Silat Online Malaysia yang pertama
Layari Laman Facebook MYKMU
Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun
You must be logged in to post a comment.