Resepi Ayam Goreng Berlada Sedap

Resepi Ayam Goreng Berlada Sedap

Resepi ini merupakan sejenis menu berasaskan ayam yang amat sedap. Ini dimasak menggunakan ayam goreng dan sambal berlada. Bila dikatakan sambal berlada, bermaksud ia hanya menggunakan cili hidup dan cili api sahaja.

Selain dari itu ia menggunakan bawang besar dan juga sedikit bawang putih. Ia tidak menggunakan sebarang air asam jawa atau asam keping mahupun sebarang sos. Ia amat mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan dipasaraya berdekatan anda.

Bahan-bahan

Ayam dipotong kecil (1/2 ekor)
4 biji cili merah-buang biji-dikisar
10 biji cili padi hijau-dikisar
1 biji bawang besar
1 sudu besar gula
2 sudu teh garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Kaedah

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak.
Ketepikan.
Tumis bawang besar sehingga garing dan naik bau.
Masukkan cili merah dan cili padi hijau yang telah diblender tadi dan kacau sehingga garing dan naik minyak.
Kemudian masukan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kacau semua sampai sebati, kemudian baru masukkan ayam.
Kacau lagi hingga ayam sebati dengan sambal.
Siap untuk dihidang.

Masakan ini amat mudah disediakan ia juga mengambil masa yang cepat untik disediakan. Jika anda ingin menyediakan bagi mereka yang tidak makan pedas, anda boleh menggunakan cili merah sahaja. Cubalah resepi ini anda pastikan menjadi ia lauk kegemaran keluarga anda, selamat mencuba ya!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Spagetti Chilli Tuna Terbaik

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker