Tiga tahun ‘buat kerja’ pecah sekolah, dua beradik akhirnya dicekup

MELAKA – Dua beradik lelaki yang aktif melakukan aktiviti pecah sekolah sejak tiga tahun lalu akhirnya berjaya diberkas dalam dua tangkapan berasingan pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, hasil maklumat risikan, kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 30 tahun itu berjaya ditangkap di Plaza Tol Ayer Keroh serta di Klang, Selangor.

“Kita telah menangkap dua beradik yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah sekolah sejak 2018.



“Suspek pertama telah ditahan di Plaza Tol Ayer Keroh pada pukul 1.20 petang dan susulan tangkapan itu kita menahan abangnya pada pukul 6 petang di Klang, selepas dipercayai turut terlibat dalam jenayah tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tangkapan kedua-dua beradik itu berjaya menyelesaikan tiga kes pecah sekolah dan satu kes curi kenderaan.

“Hasil soal siasat dijalankan, kita juga berjaya menyelesaikan satu kes curi motosikal jenis Yamaha 135LC di Taman Sri Pandan, Johor Bahru,” katanya.

Tambahnya, semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek yang bekerja sebagai pemasang “roller shutter” dan abangnya, pekerja kilang mempunyai tiga rekod jenayah lampau.



Sukri berkata, dua beradik itu kini direman selama tujuh hari sehingga 22 Februari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan. – K! ONLINE.

13 anjing, sampah ‘peneman’ tiga beradik daif



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker