Merdeka tidak hanya soal ganti penjajah tetapi juga sistem
Merdeka tidak hanya soal ganti penjajah tetapi juga sistem . Makna Merdeka tidak hanya bermaksud mengganti pimpinan kolonial Inggeris tetapi juga menghapuskan cara pemerintahan mereka, kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim.
Anwar, dalam ucapan Hari Merdeka ke-64, mengatakan para pemimpin negara harus memastikan bahawa mereka tidak meneruskan amalan menjarah negara dan menindas rakyat seperti yang dilakukan oleh penjajah.
“Kemerdekaan itu bukan bererti semata-mata menganti pimpinan Inggeris kepada rakyat Malaysia termasuk pribumi. Tokohnya berganti, amalannya juga harus berubah.
“Amalan keangkuhan, rompakan kekayaan negara, penindasan rakyat, penafian kebebasan dan lebih penting kesaksamaan dan kesamarataan peluang ekonomi kepada semua rakyat kita.
“Ini harus kita nilai pada hari kita sambut hari merdeka,” katanya.
Anwar mengatakan bahawa rakyat Malaysia perlu menilai apakah mereka benar-benar mencapai kebebasan.
“Apakah kita melahirkan pemimpin-pemimpin yang tidak menggondolkan kekayaan, memungguh khazanah negara untuk kepentingan mereka, keluarga mereka.
“Apakah kemerdekaan ini beri jaminan pengagihan eknomi yang adil kepada rakyat terutamnya golongan petani, nelayan peneroka dan pekerja yang menjadi benteng terkuat dlm perjuangan ini,” katanya.
Sementara itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan Hari Merdeka, mengatakan bahawa negara mesti belajar dari pengalaman yang lalu.
“Insyallah segala masalah akan dapat kita atasi kemudian.
“Yang penting ialah kita belajar daripada peristiwa-peristiwa buruk yang berlaku dalam negara supaya kita dapat tolak cara yang merugikan kita dan kembali kepada cara-cara yang telah memberi kejayaan kepada negara kita sehinga dikenali sebagai Harimau Asia.
“Itulah harapan kita pada hari kemerdekaan ini,” katanya.
Merdeka tidak hanya soal ganti penjajah tetapi juga sistem
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.