Keluar kenyataan ‘sumbang’, Peja mohon maaf

Keluar kenyataan ‘sumbang’, Peja mohon maaf. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kenyataannya dalam satu video yang tular semalam untuk menambahkan pasukan bertanding di Liga Super pada musim depan.

Beliau yang memulakan tugasnya secara rasmi pada Isnin, turut memohon maaf kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam kerana menyebut nama mereka dalam video itu yang mencetuskan kekecohan di media sosial semalam.

“Ia merupakan satu kekhilafan atau sesuatu yang kurang cerdiknya saya mengeluarkan kenyataan itu…Jadi saya nak mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia juga di atas kesilapan itu. Alhamdulillah saya belajar daripada kesilapan itu, yang dilakukan sebelum saya masuk pejabat.

“Hari ini hadir sebagai menteri, saya perlu tahu apa yang patut dan tak patut katakan. InsyaALLAH lepas ini, saya berjanji dengan semua rakyat Malaysia dan peminat sukan, akan bekerja kuat dengan Timbalan Menteri, Datuk Seri Ti Lian Ker dan rakan-rakan di kementerian untuk meningkatkan mutu sukan, bukannya berpolitik dan bercakap perkara yang tak mendatangkan faedah, ” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas beliau dan Lian Ker melapor diri bertugas secara rasmi di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini pada Isnin.

Semalam, tular satu video di mana Ahmad Faizal dilihat berkata, Perak FC yang berdepan risiko penyingkiran dari Liga Super musim ini, berpeluang kekal untuk musim depan jika jumlah pasukan bertanding ditambah kepada 16 berbanding 12 pasukan.

Bagaimanapun, Stuart yang bakal memulakan tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan bahawa pernah berbincang mengenai perkara itu, manakala Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata format kenaikan dan penyingkiran Liga Malaysia kekal seperti sedia ada.

FAM boleh digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya wujud campur tangan kerajaan dalam pentadbirannya.



Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berjanji beliau akan bekerjasama dengan semua pihak untuk meningkatkan mutu bola sepak negara, termasuk mengukuhkan peringat akar umbi. – Bernama

Keluar kenyataan ‘sumbang’, Peja mohon maaf


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Misi 100 hari bermula, apa hukuman jika tidak capai KPI?

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker