Pemuda Amanah bidas kenyataan Tony Pua

Pemuda Amanah bidas kenyataan Tony Pua

Pemuda Amanah sifatkan kenyataan Pua isu CSA tergesa-gesa

Seorang pemimpin Pemuda Amanah membidas Ahli Parlimen Damansara Utama Tony Pua mengenai kenyataan yang menunjukkan kesediaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengadakan perjanjian kepercayaan dan bekalan (CSA) dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.



Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Muhammad Taqiuddin Cheman, yang memimpin gerakan itu sejak bekas ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia baru-baru ini, menyifatkan kenyataan Pua sebagai tindakan tergesa-gesa dan membelakangi Majlis Presiden PH sebagai badan tertinggi dalam membuat keputusan parti.

“Pemuda Amanah ingin mengingatkan agar semua pihak mengikut disiplin sebagai ahli anggota dalam Pakata Harapan dan tidak menimbulkan perkara yang belum benar-benar menjadi keputusan PH sebagai langkah berhati-hati dalam mengambil tindakan.

“Walau apapun hujah dan asas yang diberikan untuk menjadikan tindakan tersebut sebagai hak menyampaikan pandangan, tetapi strategi dan proses membuat keputusan harus diikuti terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada akar umbi,” kata Taqiuddin dalam satu kenyataan.

Pua dalam kenyataan pada hari Khamis berkata PH sedia mengadakan CSA dengan kerajaan baru, dengan syarat Ismail memberikan tawaran yang sama seperti yang dibuat Muhyiddin Yassin sebelum pengundurannya.



Bercakap di forum dalam talian, Pua mengesahkan bahawa rundingan sedang berlangsung antara blok pembangkang dengan Ismail Sabri, yang baru dilantik sebagai perdana menteri seminggu yang lalu.

Mengulas lanjut, Taqiuddin berkata Pemuda Amanah meminta pertimbangan yang teliti terhadap tawaran CSA, yang melibatkan pemimpin di semua peringkat untuk mengelakkan salah tafsir dan kekeliruan di kalangan penyokong PH.

“Pemuda Amanah menggesa semua pihak khususnya di kalangan pimpinan semua parti anggota PH tidak mengulangi tindakan tersebut yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kecurigaan semua pihak,” katanya.

Pua merujuk kepada tawaran yang dibuat oleh Muhyiddin pada 13 Ogos, di mana dia antara lain berjanji akan melakukan banyak pembaharuan yang dituntut oleh pembangkang, sebagai langkah terakhir untuk mendapatkan sokongan dan tetap memegang jawatan perdana menteri.



Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini menyifatkan kenyataan Pua sebagai pramatang dan menjelaskan bahawa perjanjian di peringkat awal perbincangan bukanlah suatu CSA. Mk

Pemuda Amanah bidas kenyataan Tony Pua


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Exco Pas tidak akan letak jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker