Aiman Tino tutup kedai makan

Aiman Tino tutup kedai makan

Gara-gara paranoid dengan tragedi yang menimpa ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19 baru-baru ini, penyanyi Aiman Tino membuat keputusan untuk menutup kedai makannya buat sementara waktu.

Jelas Aiman, dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri dan para pekerjanya daripada dijangkiti virus membunuh itu.

Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini ketika dia dihubungi sebuah media beberapa hari yang lalu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tutup kedai masa ahli keluarga kena COVID-19, saya ambil langkah berjaga-jaga sebab saya paranoid masa tu. Saya fikir balik daripada saya kena benda tu, takut staff saya pun kena lebih baik tutup dulu kedai.

Dalam pada itu, Aiman yang kini menetap di Kuala Lumpur dan berjauhan daripada keluarganya kini bersyukur kerana mereka semua yang dijangkiti telah pulih daripada wabak COVID-19.

Terdahulu, ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil memaklumkan bahawa dia dan 9 ahli keluarganya yang lain telah dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah. Bn

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Aiman Tino tutup kedai makan

TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker