Reezal Merican dilantik pengerusi Matrade

Reezal Merican dilantik pengerusi Matrade

Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkuat kuasa serta-merta.

Agensi terbabit mengesahkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu menerusi Facebook hari ini.

Matrade ialah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang ditugaskan bagi melaksanakan inisiatif promosi perdagangan untuk negara.

Reezal Merican menyertai senarai beberapa ahli politik yang dilantik mengetuai agensi kerajaan di bawah kerajaan semasa.

Mac lalu, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai pengerusi Mara, manakala Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Bakhtiar Wan Chik dilantik mengetuai MyCreative Ventures Sdn Bhd.

Pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub sebagai pengerusi Felcra turut disahkan Mac lalu. FMT

Reezal Merican dilantik pengerusi Matrade

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker