“Saya Terpaksa Tipu Mak, Kata Duit Hilang” Andi Bernadee Di Tipu Kawan Baik RM70,000 [VIDEO]

Saya Terpaksa Tipu Mak, Kata Duit Hilang” Andi Bernadee Di Tipu Kawan Baik RM70,000 [VIDEO]

Penyanyi Andi Bernadee membuat satu laporan polis berhubung pecah amanah dilakukan seorang rakan baik.

Menurut Andi laporan polis dibuat terhadap individu terbabit yang dikenalinya lebih dua tahun.

HARAPKAN pagar, pagar makan padi… itu yang terjadi kepada penyanyi Andi Bernadee apabila mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Susulan itu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 30, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pagi, Rabu.

Dakwa Andi individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.

“Kes yang saya laporkan ini melibatkan pecah amanah… orang yang saya percaya dan bawa masuk dalam industri. Saya sendiri tak sangka dengan apa individu itu sudah lakukan.

“Dia sudah kacau periuk nasi saya, malukan saya, fitnah dan burukkan saya dekat produksi serta kawan-kawan saya. Sedangkan dia telah songlap duit saya.

“Saya langsung tak dapat duit hasil kerja saya tahun ini hampir RM70,000. Duit itu merupakan bayaran saya berlakon dan bekerja untuk syarikat baju.

“Dia manipulasikan WhatsApp saya dan hantar kepada client… client percaya, buat transaksi bayaran itu kepada akaun peribadi dia,” katanya kepada mStar

Penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu hadir di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur bersama pengurus, Nasir Deraman dan peguamnya iaitu Faizal Rahman.

Dalam pada itu, Andi berkata, dia mula mengesyaki ditipu individu tersebut selepas menyedari tidak menerima wang hasil kerjanya sejak awal tahun.

Malah Andi memberitahu dia sudah bersemuka dengan kawannya itu bagi menyelesaikan perkara berkenaan, namun tidak menerima respon yang baik.

“Saya mula syak sebab duit saya bekerja dari awal tahun tak masuk ke dalam akaun saya. Dia asyik beri alasan resit hilang dan client tak bayar lagi.

“Sedangkan client dah bayar… rupa-rupanya dia dah makan (ambil duit). Saya mula bertanya dekat dia sejak Jun lalu. Tapi macam-macam alasan diberikan.

“Ahad lalu, saya ada bersemuka dengan dia dan tanya baik-baik sebab saya ada bukti yang mengatakan bayaran sudah dilakukan ke akaun peribadi dia,” ujarnya.

Sementara itu, Andi mengakui dia lama menghilang daripada media sosial disebabkan berada dalam keadaan serabut memikirkan masalah tersebut.

“Saya serabut, dalam keadaan kita sedang berdepan dengan pandemik, saya hanya harapkan duit hasil titik peluh dan kerja keras saya.

“Saya ada tanggungan keluarga. Apa yang berlaku ini memberi kesan kepada keluarga saya.

“Apabila mak saya bertanya… saya terpaksa tipu kata duit saya hilang,” katanya

Saya Terpaksa Tipu Mak, Kata Duit Hilang” Andi Bernadee Di Tipu Kawan Baik RM70,000 [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ini kata Faizal Azumu sekiranya tidak dilantik jadi Menteri

Beri peluang, masa Ismail Sabri buktikan kemampuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker