Hakim putuskan isteri tidak boleh bergantung kepada nafkah suami

Mahkamah Tinggi Karnataka di India memutuskan bahawa seorang isteri yang sebelum ini bekerja tidak boleh bergantung semata-mata kepada suaminya untuk mendapatkan nafkah, lapor portal berita The Times of India semalam.

Hakim Rajendra Badamikar menolak petisyen seorang wanita dari bandar Anekal di daerah Bengaluru dengan menyatakan bahawa dia mempunyai kewajipan untuk berusaha menyara diri dan hanya boleh mendapatkan nafkah sokongan daripada suaminya.

Wanita itu dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun telah memfailkan permohonan nafkah di bawah Akta Perlindungan Wanita daripada Keganasan Rumah Tangga 2014.



Menurut portal berita Life Law, wanita dan kanak-kanak itu mencabar perintah Mahkamah Sesyen yang mengurangkan nafkah yang diberikan kepada daripada 10,000 rupee (RM565.27) kepada 5,000 rupee (RM282.63) dan sejumlah pampasan.

Pempetisyen berhujah bahawa jumlah  itu adalah sedikit dan pihak mahkamah tanpa sebarang alasan yang wajar telah mengurangkan nafkah tersebut.

Hakim itu juga menyatakan, isteri pempetisyen tidak mahu tinggal bersama ibu mertua dan kakak iparnya yang belum berkahwin.

Wanita itu meletak jawatan selepas mendirikan rumah tangga. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker