Jom Cuba 5 Games Popular App Store Ini Kalau Bosan Duduk Dirumah
Jom Cuba 5 Games Popular App Store Ini Kalau Bosan Duduk Dirumah
MESKIPUN bekerja dari rumah tetap sibuk menyelesaikan pelbagai tugasan pejabat namun adakalanya kita pasti akan berasa bosan.
Bagi yang tinggal seorang diri, rasa sunyi itu pasti lebih terasa – tiada teman berbicara, makan tengah hari malah pada waktu senggang pasti tidak tahu apa boleh dilakukan.
Mujur ada pelbagai hiburan di telefon pintar yang boleh dicuba. Salah satunya ada permainan dalam talian yang boleh menghilangkan rasa bosan dan tertekan.
Bagi yang ingin berjinak-jinak bermain ‘games’ di telefon pintar anda, lima permainan dalam talian ini mungkin boleh jadi pemulanya.
1. Mobile Legends Bang Bang
Pertama kali dilancarkan pada 2017, Mobile Legends menjadi salah satu permainan video paling popular. Permainan secara dalam talian ini malah menjadi aplikasi terbaik di App Store sepanjang 2021.
Mobile Legends Bang Bang tampil dengan pertarungan lima lawan lima dengan menitikberatkan kerjasama dan penyusunan strategi menghadapi musuh.
Penarik utama game ini tentunya karakter Hero yang mempunyai pelbagai kemahiran serta boleh berfungsi pada semua jenis telefon pintar meskipun dengan keupayaan rendah.
2. Garena Free Fire
Dalam kategori pengembaraan, Garena Free Fire adalah salah satu permainan yang paling banyak dimuat turun pada 2021 di App Store.
Konsep permainan ini adalah untuk mencabar 50 pemain untuk bertarung dan setiap pemain perlu saling menumpaskan lawan dan sekiranya bertahan akan bergelar pemenang.
Garen Free Fire menampilkan tiga mod permainan iaitu secara solo, duo dan skuad yang melibatkan empat pemain.
3. Call of Duty Mobile
Berbanding beberapa permainan terbaik yang lain, Call of Duty Mobile turut menjadi kegilaan penggemar game dalam talian malah ia menjadi permainan dengan pengguna paling banyak di dunia.
Menariknya mengenai Call of Duty Mobile, pemain boleh memilih senjata, kenderaan perang selain pelbagai pilihan lain yang memberikan pengalaman menarik.
4. PUBG Mobile
Sebut fasal game online, PUBG Mobile memang jadi pilihan. Maka tidak hairan ia antara permainan yang mendapat perhatian sepanjang 2021 di App Store.
Pemain perlu bertahan hidup sehingga ke akhir permainan dan perlu bertempur melawan 100 pemain yang lain secara dalam talian.
Selain boleh dimain secara solo, PUBG Mobile juga boleh dimainkan secara berkumpulan, minimum dua pemain dan maksimum empat pemain.
Selain itu, pemain juga boleh mengundang rakan-rakan untuk bergabung sebagai kumpulan dalam PUBG Mobile ini.
5. Garena AOV
Garena AOV menampilkan permainan secara dalam talian pertarungan lima lawan lima. Keunggulan game ini adalah grafiknya dalam ultra HD yang memberikan kepuasan.
Setiap minggu Garena AOV akan menampilkan hero baharu dan pemain boleh menukar hero kegemaran mereka.
Jom Cuba 5 Games Popular App Store Ini Kalau Bosan Duduk Dirumah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Najib sokong pendekatan ‘Keluarga Malaysia’
- PH jangan hanya jerit di Parlimen saja – Rafizi
- Zizan Razak Nasihat Aliff Syukri Jadi Ketua Kampung Sebelum Masuk Politik
- Muhyiddin Perlu Lalui ‘Ujian Integriti’
- Elok jika Bersatu tidak sertai kabinet
- Kerajaan baharu bukan kerajaan PN, pemimpin Umno bidas Muhyiddin
- Resepi Maggi Bandung Sempoi Sedap
- Saya takkan lompat cari tempat berlindung-Zahid
- Cabaran laluan berliku Pak Long
- Itulah belalang, kan bapak dah bilang
- Zamburger giat ambil alih hotel
Layari Laman Facebook MYKMU
Some iOS games for children are actually secret online casinos
Bosan Sebab PKPB? Gadis Ini Kongsi 10 ‘Board Games’ Untuk Main Bersama Keluarga Di Rumah
You must be logged in to post a comment.