Sijil vaksin sama boleh diakses serentak pada telefon berbeza

PETALING JAYA: Kerajaan patut menyelesaikan kelemahan dalam aplikasi MySejahtera yang membolehkan seseorang mendaftar masuk ke akaun individu lain menggunakan telefon bimbit mereka, kata bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Semakan FMT mendapati sijil digital itu juga boleh dipamerkan pada telefon bimbit orang lain sebaik mendaftar masuk menggunakan akaun individu yang telah divaksin lengkap. Ini membolehkan golongan tidak divaksin menyamar sebagai orang yang telah diinokulasi.

Sijil digital dikeluarkan kepada mereka yang telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Penemuan kelemahan ini dalam pada kerajaan baru-baru ini melonggarkan peraturan bagi mereka yang telah menerima vaksin lengkap dalam pelbagai fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ini termasuk dibenarkan ‘dine-in’ di restoran serta pembukaan semula aktiviti ekonomi dalam 11 sektor berbeza.

“Saya fikir kerajaan mesti memeriksa pepijat ini dan membetulkannya,” katanya kepada FMT.

“Ini mungkin bukan masalah besar di Lembah Klang kerana kebanyakan dewasa telah divaksin. Bagaimanapun, jika ada yang tidak divaksin mahu bergerak bebas, maka itu satu risiko untuk mereka dan perlu bertanggungjawab atas pilihan sendiri,” katanya.

Antara prosedur operasi standard (SOP) yang dilonggarkan untuk individu divaksin lengkap termasuk kebenaran bergerak lebih 10km di dalam daerah mereka, dengan kapasiti penuh mengikut kenderaan berbanding peraturan had dua orang bagi satu kereta yang dilaksanakan sebelum ini.

Awal bulan ini, kerajaan telah membenarkan pasangan suami isteri yang duduk di negeri atau daerah berbeza kerana kerja atau komitmen lain, dibenarkan saling melawat. Begitu juga ibu bapa dengan anak di bawah usia 18 tahun di negeri atau daerah berbeza.

Mereka yang telah divaksin lengkap juga kini dibenarkan beribadat di masjid, surau atau rumah ibadat bukan Islam.

Seseorang dianggap divaksin lengkap dua minggu selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, atau 28 hari selepas menerima vaksin dos tunggal seperti Johnson & Johnson serta CanSino.

Sambil menegaskan perlu ada “kaedah lebih mudah” untuk membolehkan orang ramai bergerak bebas, Lee menyuarakan keraguan sama ada mewajibkan premis membandingkan butiran kad pengenalan dengan yang dicatatkan dalam sijil digital di MySejahtera, adalah wajar.

“Saya tidak tahu sama ada menggunakan IC sebagai pengesahan adalah berguna kerana penguatkuasaannya pasti leceh. Jika perlu memeriksa IC atau dokumen pengenalan diri lain, ia akan menyukarkan keadaan,” katanya.

Lee turut menasihatkan orang ramai supaya menjaga butiran daftar masuk MySejahtera mereka. Beliau mengingatkan, perbuatan mendaftar masuk ke akaun orang lain di aplikasi berkenaan serupa dengan “kecurian identiti.”

“Jika anda berdaftar dengan MySejahtera, itu adalah identiti anda dan menjadi tanggungjawab anda supaya ia tidak dicuri,” kata Ahli Parlimen Gopeng itu.

FMT telah menghubungi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mengulas perkara itu.

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil akui ujian ini amat besar

PH jangan hanya jerit di Parlimen saja – Rafizi

Keputusan henti vaksinasi di klinik swasta bertentangan nasihat saya – Hisham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker