‘Lebih Baik Saya Takut Askar Israel’ – Caprice Nafi Di Cari Interpol [VIDEO]

‘Lebih Baik Saya Takut Askar Israel’ – Caprice Nafi Di Cari Interpol [VIDEO]

Aktivis kemanusiaan, Caprice telah memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkait misi bantuan kemanusiaannya ke Palestin melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew.

Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, dia telahpun dihubungi polis menerusi WhatsApp bagaimanapun menafikan dakwaan ramai bahawa kedudukannya turut dikesan Polis Antarabangsa (Interpol)

“Pagi tadi pegawai penyiasat atau inspektor akhirnya menghantar pesanan WhatsApp dan menelefon saya. Sebenarnya, Interpol tak cari pun saya.

“Laporan media tidak betul dan tajuk berita semua buat nampak macam ada kes luar biasa sampaikan orang komen umpama saya ini hilang atau sedang melarikan diri.

“Alhamdulillah, semua okey. tiada kes jenayah pun yang dibuka. IPD Wangsa Maju hanya nak minta keterangan saya,” katanya dalam satu hantaran status Instagram sebentar tadi.

Ujarnya yang kini masih berada di Mesir, membaca laporan dalam media sosial dan sebagainya membuatkan dirinya risau dan fikir bukan-bukan.

“Sebab saya melalui banyak perkara pelik sejak sampai (di sini). Apabila baca berita tentang Interpol, komen-komen media sosial dan terima banyak panggilan dari Kuala Lumpur, perkara itu buat saya lagi risau dan fikir bukan-bukan.

“Secara rasminya, ini baru tiga minggu saya bergerak seorang dengan misi sendiri #RoadToAlAqsa2030,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM kerana menghubungi dirinya.

Dalam pada itu, ujar Caprice menerusi Instagram Story, tiada apa yang perlu digembar-gemburkan kerana dia hanya memberi keterangan kepada pihak polis.

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress so6CzJMb]

Katanya lagi, dia akan kembali ke Malaysia selepas menyelesaikan beberapa perkara penting di Mesir.

“Kalian semua, ini bukan kes 1MDB, Jho Low, Macau Scam atau apa. Ini hanya saya perlu bagi kenyataan kepada IPD Wangsa Maju.

“Kalau saya takut, lebih baik takut dengan askar Isreal yang hanya berapa ratus kilometer sahaja. Lebih baik saya takut dengan mereka (askar Israel).

“Harapnya, selepas saya selesaikan beberapa lagi perkara di sini, saya akan selamat baik Malaysia. Saya pun dah penat nak terangkan kepada Malaysia apa saya buat di sini,” kata pelantun lagu Lenglui itu.

Terdahulu, media melaporkan penyanyi rap itu sudah dihubungi polis dengan bantuan Interpol dan keterangannya akan dirakam dalam masa terdekat.

Semalam, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Caprice baru sahaja berhubung dengan pegawai penyiasat setelah pihak Interpol menghubunginya.

Polis memohon bantuan Interpol untuk mengesan Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat pendakwah Ebit Lew.

Ebit membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadapnya menerusi laman sosial dipercayai turut berkait misi bantuan kemanusiaannya ke Palestin, baru-baru ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500/504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – K! ONLINE

‘Lebih Baik Saya Takut Askar Israel’ – Caprice Nafi Di Cari Interpol [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Interpol Tak Cari Pun Caprice”, Caprice Sudah Dihubungi Pegawai Penyiasat IPD Wangsa Maju

Kalau Susah Cari Caprice, Tangkap Sajat Dulu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker