Bersatu dan Muhyiddin tumbang kerana tak dengar cakap Mahathir
Bersatu dan Muhyiddin tumbang kerana tak dengar cakap Mahathir
Bersatu tidak hilang tiga negeri, jawatan PM jika dengar nasihat Mahathir, kata bekas pemimpin
Bersatu pasti tidak digulingkan oleh Umno jika pucuk pimpinan parti itu mendengar nasihat bekas pengerusi, Dr Mahathir Mohamad.
Setiausaha Politik Mahathir, Abu Bakar Yahya berkata demikian sambil memaklumkan Bersatu juga akan kekal mengetuai tiga negeri sebelum ini iaitu Perak, Kedah dan Johor jika nasihat itu dituruti.
“Saya yakin jika pemimpin-pemimpin Bersatu dengar nasihat Mahathir, hari ini pasti pemimpin-pemimpin Bersatu tidak dapat digulingkan satu persatu oleh Umno.
“Bermula dengan MB Johor, diikuti MB Kedah, seterusnya MB Perak dan akhirnya Perdana Menteri dapat kepada Umno. Jomlah kita dengar cadangan dan nasihat Mahathir selagi beliau masih ada,” katanya yang juga pemimpin tertinggi parti Pejuang.
Abu Bakar yang juga bekas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci apa nasihat yang pernah diberikan Mahathir.
Baca Artikel Menarik :
- Zizan Razak Nasihat Aliff Syukri Jadi Ketua Kampung Sebelum Masuk Politik
- Muhyiddin Perlu Lalui ‘Ujian Integriti’
- Elok jika Bersatu tidak sertai kabinet
- ‘Sultan Melaka’ Mangkat Akibat Covid-19
- Kerajaan baharu bukan kerajaan PN, pemimpin Umno bidas Muhyiddin
- Resepi Maggi Bandung Sempoi Sedap
- Umno akan dipersalahkan jika Ismail gagal tangani Covid-19 – Khir Toyo
- Saya takkan lompat cari tempat berlindung-Zahid
- Cabaran laluan berliku Pak Long
- Itulah belalang, kan bapak dah bilang
- Zamburger giat ambil alih hotel
Layari Laman Facebook MYKMU
Kenyataan Abu Bakar itu dipercayai susulan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang selepas 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan menyebabkan jawatan nombor satu kerajaan itu diisi Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pada 24 Feb tahun lalu mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
Katanya, keputusan berkenaan dibuat dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas sehari sebelum pengumuman itu menyebabkan kerajaan PN tumbang.
Bersatu bersama pengikut Mohamed Azmin Ali dari PKR kemudian bekerjasama dengan Umno, PAS, GPS dan beberapa parti di Sabah, Sarawak membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN). FMT
Bersatu dan Muhyiddin tumbang kerana tak dengar cakap Mahathir
You must be logged in to post a comment.