Doktor enggan rawat pesakit enggan divaksin

Doktor enggan rawat pesakit enggan divaksin

MOBILE, ALABAMA – Seorang doktor di negeri Alabama, Amerika Syarikat (AS) menegaskan bahawa dia tidak akan merawat pesakit yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor akhbar New York Post semalam.

Dr. Jason Valentine yang bertugas di sebuah klinik di bandar Mobile memberitahu pendiriannya dalam hantaran di laman Facebook miliknya.

“Bermula 1 Oktober 2021, Dr. Valentine tidak akan merawat pesakit yang tidak menerima suntikan vaksin Covid-19,” katanya dalam notis yang dilekatkan pada kliniknya.

Hantaran itu bagaimanapun dilaporkan telah dipadam.

Sebelum itu, Valentine dilaporkan membuat penjelasan mengenai keputusannya itu dalam sepucuk surat kepada pesakit-pesakitnya.

“Kita masih belum mempunyai rawatan yang bagus untuk penyakit kronik (akibat Covid-19), namun mempunyai kaedah pencegahan yang hebat iaitu vaksin.

“Malangnya, ramai enggan divaksin yang akhirnya membuatkan mereka mengalami sakit kronik atau meninggal dunia.

“Saya tidak boleh dan tidak akan memaksa sesiapa pun mengambil vaksin, namun pada masa sama enggan melihat pesakit menderita dan mati akibat penyakit yang boleh dicegah ini,” katanya dalam surat tersebut.

Di bawah Akta Hak Asasi Awam AS, seorang doktor tidak boleh menidakkan rawatan berdasarkan umur, jantina, bangsa, orientasi seksual, agama atau kewarganegaraan.

Bagaimanapun, tidak dapat dijelaskan sama ada seorang doktor boleh menolak untuk merawat seseorang pesakit berdasarkan status vaksinasi. K Online

Doktor enggan rawat pesakit enggan divaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker