Resepi Bihun Goreng Merecik

Resepi Bihun Goreng Merecik

Resepi kali ini merupakan antara masakan yang paling kerap dihidang semasa sarapan pagi,majlis kecil ataupun dijadikan ketika meriakan jamuan pot luck.

Bihun goreng juga antara masakan yang amat rendah kos dan mudah untuk disediakan. Oleh kerana ia adalah kategori mee kering maka ianya tahan lama dan sesuai dijadikan simpanan dirumah.



Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda bahan-bahan yang digunakan didalam resepi bihun goreng merecik ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Bahan:

1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
1 mangkuk karot – hiris memanjang
1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Bahan Tumbuk



3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 genggam udang kering – direndam

Kaedah

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili naik minyak.
Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya.
Masukkan lobak merah dan kobis.
Kemudian masukkan bihun kacau rata sehingga bihun lembut dan empuk.
Goreng lama hingga semua bahan sebati.
Tutup api dan hias dengan cili potong, daun bawang dan bawang goreng jika suka.
Siap!

Bihun goreng juga sesuai dijadikan bekal ke sekolah atau tempat kerja. Malah juga sesuai dibawa sebagai bekal didalam perjalanan kerana ia tahan dan tidak cepat basi. Elakkan penggunaan tauge agar tahan lebih lama. Oleh itu diharap anda akan mencuba resepi ini, selamat mencuba!



Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Bihun Goreng Merecik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Resepi Ayam Madu Leleh Confirm Sedap

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker