Pakej umrah bermula RM8,000, MOTAC nafikan
Pakej umrah bermula RM8,000, MOTAC nafikan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan dakwaan pihaknya sudah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah ketika ini iaitu antara RM8,000 hingga RM9,000.
MOTAC dalam satu kenyataan berkata, dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (Saffta), Fathir Badri itu adalah tidak benar serta boleh mengelirukan orang ramai.
“Kementerian menafikan sebarang bentuk pengumuman berkaitan harga indikator baharu pakej umrah atau ziarah seperti yang dinyatakan.
Baca Artikel Menarik :
- Pelitup muka Tajuddin berharga RM1,699?
- Gagal dilantik sebagai PM-9, Anwar luah perasaan melalui nyanyian [VIDEO]
- Syarat Muhyiddin Undang Ketidakstabilan
- Mageran Jalan Akhir
- Bekas pegawai Ahli Parlimen disyaki seleweng RM140,600
- Remy Ishak, Ezza kahwin Sabtu ini
- Ini cara mudah Mas Khan dapatkan Porche
- Resepi Bihun Goreng Merecik
- MP Pas langgar titah Agong?
- Kalau dah jodoh, dulu cikgu sekarang isteri
Layari Laman Facebook MYKMU
“Untuk makluman, harga indikator yang pernah ditetapkan pada tahun 2016 seperti yang telah dipersetujui oleh anggota Majlis Kawal Selia Umrah pada ketika itu adalah pada kadar RM4,900,” katanya di sini hari ini.
MOTAC berkata, pihaknya sedang mengkaji faktor-faktor kenaikan kos khususnya susulan langkah-langkah kawalan pandemik Covid-19 dikenakan Kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Malaysia.
Menurutnya, sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dengan turut mengambil kira pandangan semua pihak termasuklah pihak indsutri dan orang awam.
“Pihak kementerian menyeru semua pihak menghentikan cubaan memanipulasi pasaran khususnya melibatkan harga perkhidmatan pakej umrah atau ziarah.
“Orang ramai juga dinasihati agar berwaspada dengan tawaran-tawaran pakej umrah yang meragukan pada masa ini dan menyemak kesahihan perkara ini dengan MOTAC,” katanya. K Online
Pakej umrah bermula RM8,000, MOTAC nafikan
Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan
You must be logged in to post a comment.