Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV
Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV
Netizen mengkritik sikap kasar digunakan pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam satu video yang tular, kerana dipercayai menunjukkan seorang anggota berpakaian seragam menolak warga asing di pusat pemberian vaksin (PPV) Bukit Jalil.
Dalam video itu, pegawai berkenaan dilihat berdiri di depan warga asing berkenaan dan menolaknya ke belakang. Orang yang mengambil video itu, @sassyRekha, mendakwa anggota berkenaan turut dilihat berkasar dengan pendatang lain di PPV berkenaan.
Tindakan itu pantas dikecam warganet yang rata-rata bersuara mempertahankan pendatang asing.
Seorang bernama @AidaActually turut mengongsikan pengalamannya di lokasi sama.
Baca Artikel Menarik :
- Gunung Jerai ‘menangis’, tiga selamat, seorang lagi hilang [VIDEO]
- Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek
- Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]
- Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
- Najib sentiasa dahulukan parti sebelum dirinya
- Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi
- Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan dakwaan gangguan seksual
Layari Laman Facebook MYKMU
“Saya berada di situ semalam, dan mengesahkan perkara ini. ‘You orang apa? Orang Bangla pergi sana’ hanya satu contoh (kata-kata digunakan). Mereka (pendatang asing) diherdik, dimarah dan tidak dihormati,” katanya.
Seorang lagi pengguna Twitter, @rbatuladwiyh turut berkata telah melihat perlakuan sama di PPV Bukit Jalil.
“Mereka sangat kasar dengan warga asing,” katanya.
@Jai93zam mengingatkan betapa penting peranan pendatang asing di Malaysia.
“Warga asing tulang belakang ekonomi kita. Tanpa mereka siapa yang akan bekerja di kilang dan tapak binaan atau sebagai tukang cuci.
“Mereka berhak dilayan dengan bermaruah.”
Ketika dihubungi FMT mengenai video itu serta dakwaan kekasaran lain oleh pihak yang mengongsikan rakaman berkenaan, Ketua Pengarah Rela Yahya Sulaiman berkata beliau tidak mendapat maklumat mengenainya tetapi akan menyiasat perkara berkenaan. FMT
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV