Pertimbang bentuk ‘Kabinet krisis’ hingga PRU15
Pertimbang bentuk ‘Kabinet krisis’ hingga PRU15, kata bekas menteri
“Kabinet krisis” harus dipertimbangkan untuk mentadbir negara sehingga pilihan raya umum diadakan memandangkan Malaysia sedang berdepan pelbagai cabaran, kata bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak.
Beliau memberikan cadangan itu ketika negara sedang menantikan pelantikan perdana menteri ke-9 susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin.
Menerusi catatan di Facebook bekas ketua menteri Sabah itu berkata, kerajaan baharu yang akan dibentuk harus “menerapkan sistem pemerintahan baharu,” yang mengutamakan pengurusan krisis Covid-19 dan ekonomi.
“Kita perlu mendengar nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Baca Artikel Menarik :
- Gunung Jerai ‘menangis’, tiga selamat, seorang lagi hilang [VIDEO]
- Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek
- Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]
- Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
- Najib sentiasa dahulukan parti sebelum dirinya
- Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi
- Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan dakwaan gangguan seksual
Layari Laman Facebook MYKMU
“Oleh itu, ada baiknya mempertimbangkan untuk membentuk ‘Kabinet krisis’ untuk memerintah Malaysia sehingga selamat bagi mengadakan pilihan raya berikutnya.
“Dengan cara ini, kita dapat terus fokus pada perkara penting dan semoga dapat menyelesaikan semua ini bersama.”
Hari ini, Ahli Parlimen yang dipercayai menyokong Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dipanggil ke Istana Negara, menghadap Agong untuk mengesahkan sokongan mereka kepadanya sebagai perdana menteri ke-9.
Pelantikan perdana menteri yang baharu sekali gus akan mewujudkan barisan Kabinet baharu, susulan perletakan jawatan Muhyiddin dan jemaah menterinya. FMT
Pertimbang bentuk ‘Kabinet krisis’ hingga PRU15