Dangau jadi tempat berteduh lima beranak
Dangau jadi tempat berteduh lima beranak
KUALA NERANG – Sepasang suami isteri nekad membawa tiga anak mereka untuk tinggal di kawasan dusun dikelilingi hutan di Ban Lok Koi dekat sini sejak Mei lalu selepas tidak mampu membayar sewa rumah akibat diberhentikan kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh baru-baru ini.
Menurut Rahman Ismail, 37, dia dan isteri, Nor Shakila Abd. Rahman, 38, bersama tiga anak mereka iaitu Nur Raisya, 5; Mohammad Raziq, 7, dan Mohammad Rafiq, 11, kini berteduh di sebuah dangau berdindingkan plastik dan berbumbungkan zink terpakai.
“Saya dan isteri terpaksa bawa anak-anak tinggal di sini kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan di Kampung Tualak di sini.
“Kami diarahkan keluar selepas gagal bayar sewa selama tiga bulan sedangkan pada masa itu saya tidak mempunyai wang selepas berhenti bekerja sebagai pemotong kayu getah,” katanya ketika ditemui di dangau tersebut di sini semalam.
Rahman (kanan) dan isteri serta tiga anaknya berteduh di sebuah dangau dalam dusun di Ban Lok Koi, Kuala Nerang semalam.
Katanya, dia bernasib baik kerana arwah bapanya mempunyai tanah dusun yang telah ditinggalkan di Ban Lok Koi, namun ia dikelilingi hutan dan jauh dari kawasan perkampungan.
“Kami sekeluarga terpaksa tinggal di sini kerana tiada pilihan lain walaupun berhadapan pelbagai kesukaran apabila hanya menggunakan air bukit dan lampu minyak tanah selain ancaman haiwan liar.
“Pada waktu siang kami berhadapan dengan gangguan kera, manakala pada sebelah malam pula terdapat babi sehingga 15 ekor berkeliaran dekat kawasan dangau ini dan saya terpaksa berjaga untuk melastik haiwan tersebut,” ujarnya.
Menurutnya, dia sekeluarga juga pernah ketakutan pada waktu hujan lebat dan angin kuat, baru-baru ini.
Rahman berkata, dia yang kehilangan pendapatan hanya harapkan sumbangan saudara mara terdekat untuk teruskan kehidupan, malah kadang-kala terpaksa berhutang bagi membeli makanan.
“Saya juga sedih apabila anak-anak tidak dapat ikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah kerana tiada liputan internet di sini,” ujarnya. Jelasnya, dia mengharapkan kehidupannya itu hanya sementara demi keluarganya. K Online
Dangau jadi tempat berteduh lima beranak
Baca Artikel Menarik :
- Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN
- Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa
- “Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?
- Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero
- Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan
- Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU