UMNO, BN sebenarnya tak pernah berpecah – Azalina

UMNO, BN sebenarnya tak pernah berpecah – Azalina

Persepsi pihak luar yang melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpecah sebenarnya meleset kerana perkara itu tidak pernah berlaku.

Buktinya, mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang diadakan malam ini berlangsung dalam suasana yang harmoni, kata Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau memberitahu, keputusan untuk memilih calon Perdana Menteri yang dibuat oleh Ahli Parlimen BN pada malam ini diterima sebulat suara serta dilakukan secara gabungan dan perkara itu menunjukkan UMNO dan BN sebenarnya stabil.

“UMNO ini nampak je macam berpecah tapi sebenarnya tidak berpecah,” katanya kepada media ketika ditemui di Lobi Menara Dato Onn malam ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sementara itu, ketika diminta mengesahkan siapa pilihan Ahli Parlimen BN untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri, Azalina berkata, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri yaakob dipilih kerana beliau antara pemimpin kanan selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

“Ya, kerana secara teknikalnya beliau paling kanan selepas Presiden UMNO dan pengerusi BNBBC, Najib.

“Beliau juga bekas timbalan perdana menteri, dari segi itu beliau dilihat boleh mendapat sokongan kami semua. Kami harapkan yang terbaik,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan baharu yang bakal dibentuk nanti perlu mendapat kerjasama semua pihak dalam menguruskan pandemik Covid-19.

“Kita tak boleh nafikan fakta bahawa pembentukan kerajaan baharu perlu dalam bentuk gabungan.

“Sesiapa yang mengetuai pentadbiran negara selepas ini perlu memberi fokus pada Covid-19. Ia memerlukan kerjasama berpasukan,” ujarnya.

Terdahulu, semua Ahli Parlimen diarahkan supaya menghantar surat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9.

Ahli-ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya sehingga pukul 4 petang esok (18 Ogos) untuk mengemukakan surat akuan secara bertulis. MG

UMNO, BN sebenarnya tak pernah berpecah – Azalina

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker