PKPD: Peniaga di Pasar Dungun berdepan gulung tikar

PKPD: Peniaga di Pasar Dungun berdepan gulung tikar

DUNGUN: Kira-kira 500 peniaga di Pasar Dungun berdepan risiko gulung tikar ekoran ketiadaan pelanggan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan dua mukim.

Lanjutan PKPD selama dua minggu di Mukim Sura dan Kuala Dungun menyebabkan peniaga tersebut mengalami kemerosotan pendapatan yang teruk berikutan daripada kekurangan pelanggan.

Terdahulu pasar yang menjadi tumpuan ramai itu bertukar sunyi tanpa kehadiran orang ramai sejak PKPD dikuatkuasakan berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Peniaga mendakwa, keadaan tersebut diburukkan lagi dengan stigma negatif orang ramai yang menganggap masih berlaku penyebaran COVID-19 di pasar berkenaan yang sebelum ini pernah mencetus Kluster Pasar Besar Dungun.

Meskipun peniaga di pasar itu telah pulih dan dibenarkan beroperasi kembali namun orang ramai tetap mengambil pendekatan dengan membeli barangan keperluan di kedai berhampiran kediaman sahaja berikutan bimbang akan penularan wabak tersebut.

 Pasar yang dulunya menjadi tumpuan ramai itu bertukar sunyi tanpa kehadiran orang ramai sejak PKPD dikuatkuasakan. - Astro AWANI
Pasar yang dulunya menjadi tumpuan ramai itu bertukar sunyi tanpa kehadiran orang ramai sejak PKPD dikuatkuasakan. – Astro AWANI

Situasi itu menyebabkan perniagaan mereka merudum sebanyak 80 peratus sehingga berlakunya lambakan stok dan ada juga yang terpaksa menutup perniagaan berikutan mengalami kerugian yang teruk.

Menurut peniaga mereka kini hanya mampu memperoleh pendapatan hanya cukup untuk membayar sewa bulanan kedai dan membuat bayaran kepada pembekal.

PKPD di Mukim Sura dan Kuala Dungun dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula 17 hingga 30 Ogos melibatkan sebanyak 33 lokaliti.-Awani

PKPD: Peniaga di Pasar Dungun berdepan gulung tikar


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini

Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti – Penganalisis

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker