Kemanisan hijrah 6 selebriti wanita
Kemanisan hijrah 6 selebriti wanita
HIJRAH membawa pengertian yang cukup luas maknanya. Dari segi bahasa, hijrah memberi maksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain atau lebih kepada gerakan fizikal.
Memetik penulisan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Rasulullah kemudian menukar makna fizikal hijrah kepada maknawi seperti sabdanya yang bermaksud: “Orang yang berhijrah itu adalah dengan meninggalkan larangan Allah SWT.”
Hijrah pada diri manusia sering dikaitkan dengan titik perubahan seseorang yang kembali mencari fitrah diri dengan melakukan kebaikan, contohnya berhijab bagi kaum wanita.
Sejak minggu lalu, dunia hiburan yang berduka atas perginya seorang bintang bernama Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 membuka 1001 kisah lain yang sebenarnya membuka mata ramai orang tentang kelebihan arwah ketika hidup.
Bukan sekadar sikap yang gemar bersedekah, taat kepada suami serta ibu penyayang, pemergian penyanyi itu meninggalkan impak besar, terutama kepada golongan wanita untuk menjaga maruah diri dengan menutup aurat.
BETTY, Nana, Izara, Vicha dan Fieya Julia antara yang terbuka berkongsi imej baharu mereka yang kini tampil berhijab.
Sejak kepergiannya ke negeri abadi, dunia hiburan yang sebelum itu bermuram durja sedikit terisi dengan warna-warna bahagia apabila beberapa artis wanita tampil melakukan perubahan dengan berhijab.
Benar, berhijrahlah kerana Allah, bukannya manusia. Tetapi pemergian bidadari syurga pelawak Shuib itu dilihat menjadi titik tolak yang menggerakkan hati barisan selebriti wanita berkenaan tampil melakukan perubahan.
Hal tersebut dibuktikan oleh pelakon Betty Rahmad yang mengakui, pemergian Siti Sarah menjadi asbab buatnya melakukan perubahan yang lebih baik, selain faktor utama apabila hatinya terjentik ketika melihat anaknya, Ardy Wira lancar mengaji Iqra.
Berkat Awal Muharram
Sungguh hidayah itu milik Allah dan Dia berhak memberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki. Siapa dan bagaimana kisah silam seseorang itu, bukan atas kefahaman dan hak untuk kita menilainya.
Sejak beberapa hari lalu, nama aktres jelita Izara Aishah juga antara yang paling mencuri tumpuan selepas memuat naik gambar-gambarnya memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna.
Dia bahkan bertindak memadam semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung dalam Instagram.
Perubahan Izara menuai banyak pujian, selain ada yang berpendapat, kemanisan hijrah dilalui pelakon itu sudah muncul lama sejak dia lantang bersuara memperjuangkan isu penindasan rakyat Palestin pada Mei lalu.
Selain Betty dan Izara, seorang lagi pelakon yang memilih jalan menuju keredaan Allah ialah Siti Elizad Sharifuddin yang tampil mengenakan tudung sejak Selasa lalu sempena 1 Muharam selepas menerima hadiah selendang pemberian suami tercinta.
Sama seperti wanita lain, pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu mengharapkan doa daripada peminat agar dirinya kekal istiqamah.
Tidak kurang juga dengan penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan yang tampil mengenakan tudung ketika muncul dalam sebuah video ketika mempromosikan produk sambal yang diusahakannya menerusi Instagramnya.
Nana menjelaskan, dia sebenarnya tidak kuat bercerita mengenai penghijrahannya, namun bersyukur dan berterima kasih atas doa peminat selama ini.
“Saya amat bersyukur kerana hidayah ini sampai awal. Tapi sejujurnya sebagai manusia biasa, perubahan perlukan masa dan inilah harinya. Sekali lagi saya mohon doakan yang terbaik dan terima saya seadanya,” katanya yang mendapat dukungan suami tercinta untuk bertudung.
Demi anak, penat
Terkadang, Tuhan menghantar seseorang untuk memberi teguran kepada hambanya yang ‘leka’. Ungkapan tersebut sesuai digambarkan dengan situasi yang berlaku kepada pelawak dan pelakon asal Indonesia, Vicha Saywho.
Ujarnya, dia membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada 14 Ogos lalu selepas berasa malu dengan anak-anak apabila menyedari hanya dia yang belum berhijab berbanding ahli keluarga yang lain.
Baca Artikel Menarik :
- Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN
- Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa
- “Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?
- Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero
- Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan
- Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU
Bagi penyanyi muda Fieya Julia pula, niat dan kehendak untuknya melakukan penghijrahan sudah lama bersarang dalam jiwa. Tinggal lagi, hasrat murni itu disekat perasaan belum bersedia dan bimbang andai keputusan tersebut mengganggu perjalanan karier.
Akhirnya, pelantung lagu Perasaanku itu nekad dan mengakui sudah penat dengan hidupnya sebelum ini (tidak menutup aurat).
“Saya betul-betul kenakan hijab bermula Jumaat lalu sebagai hari yang penuh berkat,” katanya.
Sama seperti Izara, penyanyi muda kelahiran Sarawak itu mengambil keputusan memadam semua gambar tidak menutup aurat miliknya dalam media sosial seperti Instagram.
Keputusan keenam-enam selebriti wanita tersebut memilih jalan mencari keredaan Allah mencambahkan rasa syukur dalam kalangan peminat selain mendoakan jalan mereka sentiasa dipermudahkan dan kekal istiqamah.
Bukan hanya artis, sebenarnya kematian Siti Sarah menjentik hati ramai wanita lain di luar sana untuk berubah menjadi lebih baik dan menutup aurat seperti dilihat dalam aplikasi TikTok dan Twitter. K Online