Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu
Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu
Masih menjadi kebimbangan kepada kapten industri perniagaan sekiranya calon Perdana Menteri baharu tidak mendapat sokongan majoriti yang jelas daripada semua Ahli Parlimen.
Untuk itu, jelas Pengerusi Federation of Malaysia Business Associations, Kolonel Bersekutu (PA) Datuk (Prof) Abdul Malik Abdullah, setiap keputusan yang dibuat itu haruslah sepakat.
“Sesiapa yang ambil alih, yang kami risau sebagai usahawan-usahawan ini, sesiapa yang datang itu pun jika dia tidak akan majoriti yang besar.
“Kalau dia ambil alih kerajaan pun mungkin dengan tipis-tipis sahaja, mungkin juga akan ada orang yang tidak mendapat lebih daripada 110 sokongan daripada Ahli Parlimen.
“Kita tidak mahu terkandas dalam situasi kemelut yang sama seperti sebelum ini. Sudah tiba masa untuk kita semua bergabung sebagai satu.
“Kita semua perlu bersepakat secepat mungkin dan cuba untuk menyelamatkan nyawa-nyawa rakyat Malaysia,” jelas Abdul Malik ketika ditemu bual Astro AWANI pada Selasa.
PM baharu jangan politikkan strategi sedia ada
Tambahnya lagi, tidak kira sesiapapun yang dipilih menjadi Perdana Menteri ke-9, calon itu mestilah ada kesinambungan dengan program yang dilaksanakan sebelum ini.
“Perdana Menteri yang baharu itu kenalah ada kesinambungan, jadi apa yang telah dibuat selama ini, kita punya Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Alhamdulillah sedang berjalan rancak.
“Kami berharap pihak yang mengambil alih kerajaan nanti tidak mempolitikkan kerana kami tidak mahu di mana sesiapa yang datang itu nak jadi champion (jaguh), nak tukar polisi yang ada, nak tukar strategi dan sebagainya yang sedang berlangsung ini,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan semua wakil politik dilihat telah mencapai satu persefahaman konsensus untuk menghentikan cara politik lama.
Perkara itu dimaklumkan selepas dua jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin, kemungkinan kembali sebagai PM
- Pas senada dengan Muhyiddin, hentam pemimpin UMNO
- “Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah
- Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya
- Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk [VIDEO]
- Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive
- Polis trafik selamatkan 3 beranak dari ‘Kepala Air’
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini
Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti – Penganalisis
You must be logged in to post a comment.