GPS sokong Ismail Sabri
Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka akan menyokong calon perdana menteri yang dikemukakan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Felo Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, ia susulan kepercayaan terhadap kepimpinan PN yang menyaksikan Sarawak dan Sabah meraih pelbagai manfaat.
“Yang paling penting bagi GPS adalah apakah tawaran terbaik buat Sarawak dalam konteks pembentukan kerajaan baharu nanti.
“Berdasarkan pengamatan, saya fikir keputusan itu berpaksikan kepada kestabilan politik, maksudnya GPS dengan 18 Ahli Parlimen akan berpegang kepada PN dan sedia menyokong calon yang dikemukakan.
“Perkara ini juga sudah dinyatakan dengan jelas oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Alexander Nanta Linggi.
“Ini adalah disebabkan kepercayaan mereka di bawah pimpinan PN sebelum ini yang meraih banyak manfaat.
“Pada masa sama saya berpendapat kemungkinan kerjasama dengan Pakatan Harapan dilihat sangat tipis berdasarkan kesangsian parti ini terhadap DAP yang didakwa sebelum ini mencalarkan imej kerajaan negeri Sarawak,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Justeru, jelasnya, GPS tetap akan berpegang teguh kepada prinsip kestabilan politik negara dalam usaha menyelesaikan masalah dihadapi ketika ini dan akan menyokong Ismail Sabri.
Sementara itu, beliau turut berpendapat kerajaan perpaduan adalah langkah alternatif sekiranya sokongan terhadap calon perdana menteri seterusnya tidak berjaya dicapai.
Jelasnya, apa yang lebih penting ketika ini adalah semua parti politik bertolak ansur dan bekerjasama dalam memastikan sokongan itu dapat dicapai.
“Kerajaan perpaduan adalah alternatif kedua sekiranya tiada blok yang dapat dibentuk untuk meyakinkan baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dapat ditentukan secara tuntas.
“Saya kira tidak timbul kerajaan perpaduan dan untuk politik baharu asasnya perlu bertonggakkan kepada tolak ansur, muafakat dan kerjasama. Ini bukan satu perkara yang baharu.
“Jadi politik baharu yang dimaksudkan adalah meletakkan kepentingan negara berbanding kepentingan agenda parti politik tertentu yang meletakkan nafsu dan kuasa sebagai keutamaan, dan mereka harus selesaikan perkara ini sebagai reformasi perlembagaan,” ujarnya.
Malah, jelasnya, ahli-ahli politik perlu menyelesaikan kemelut politik yang berlaku ketika ini secepat mungkin dalam memastikan pemulihan negara.
Pada masa sama, tujuh tawaran yang dikemukakan Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini perlu dilaksanakan bagi meletakkan politik negara di landasan yang betul. – Sumber Awani
Baca Artikel Menarik :
- Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN
- Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa
- “Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?
- Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero
- Ismail Sabri calon Perdana Menteri
- Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan
- Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU
Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu