Berang dipecat, pekerja lepaskan singa majikan [VIDEO]
Berang dipecat, pekerja lepaskan singa majikan. Pemilik kepada seekor singa yang dikesan bersiar-siar di beberapa batang jalan di Phnom Penh mendakwa haiwan itu sengaja dilepaskan oleh seorang pekerjanya yang tidak berpuas hati kerana dipecat, lapor laman berita United Press International semalam.
Singa yang dinamakan Hei Man itu menjadi tajuk utama berita pada awal musim panas lalu ketika ia ditangkap oleh pihak berkuasa.
Ia dikembalikan semula kepada pemiliknya, Zhai Xinjiang pada awal Julai lalu.
Singa itu bagaimanapun dikesan bersiar-siar pada Isnin lepas di beberapa batang jalan sekitar Phnom Penh dan beberapa orang saksi menangkap foto serta video haiwan tersebut sebelum ia dikembalikan ke kediaman pemiliknya.
Menurut Xinjiang, Hei Man telah dilepaskan oleh bekas pekerjanya yang tidak berpuas hati selepas dipecat.
“Pekerja tersebut telah dipecat kerana menipu dan sebagai balasan, dia telah melepaskan Hei Man,” ujarnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen berkata, sebaik sahaja Hei Man dipulangkan kepada Xinjiang pada bulan lalu, lelaki itu bersetuju untuk meletakkan singa tersebut di dalam kawasan yang bersesuaian sebagai syarat sebelum kembali memelihara haiwan eksotik itu. -Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Berang dipecat, pekerja lepaskan singa majikan
Baca Artikel Menarik :
- Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN
- Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa
- “Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?
- Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero
- Ismail Sabri calon Perdana Menteri
- Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan
- Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU
Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu