PM baharu tak boleh ada cita-cita politik jangka panjang

PM baharu tak boleh ada cita-cita politik jangka panjang, kata Johari

Susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri semalam, Johari Ghani daripada Umno menggesa semua parti meredakan ketegangan politik dan memberi tumpuan kepada isu kritikal yang dihadapi negara.

“Pada masa ini, setiap penunjuk ekonomi di negara ini menunjukkan prospek negatif,” Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu kepada FMT.



Johari secara khusus merujuk laporan Fitch semalam yang meramalkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tidak akan berkembang tahun ini.

“Sangat sukar bagi negara untuk maju jika tiada tindakan diambil sekarang untuk mengekang kerosakan yang sedang berlaku,” kata Johari.

“Pengangguran meningkat lagi, gaji dan pendapatan isi rumah menjunam, …serta pelaburan semakin perlahan,” kata beliau.

“Ini perlu diatasi segera,” katanya, sambil menambah ketidaktentuan politik sepanjang tahun akan datang hanya akan memburukkan lagi keadaan.



Untuk menangani isu ini, Johari menegaskan semua wakil rakyat harus terlebih dahulu mencapai kata sepakat mengenai pelantikan perdana menteri interim, katanya.

“Perdana menteri interim mestilah seseorang yang tidak mempunyai cita-cita politik melebihi penggal Parlimen sekarang,” kata Johari.

“Seorang pemimpin yang terlampau bercita-cita tinggi akan sentiasa berusaha melanjutkan kuasanya melampaui pilihan raya umum (PRU) berikutnya. Ini tentunya akan hanya mengekalkan atau menambah paras suhu politik semasa yang sudah pun tinggi,” katanya.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Beliau menggesa semua pemimpin politik dan wakil rakyat mengutamakan negara dan mengetepikan ideologi parti serta cita-cita peribadi untuk mencapai konsensus (dalam pelantikan perdana menteri) secepat mungkin.

“Hakikatnya adalah tiada parti politik yang ada sokongan majoriti Ahli Parlimen,” kata bekas menteri kewangan kedua itu.

“Juga tiada gabungan yang mampu mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” tambah beliau.



Sejak beberapa hari kebelakangan ini, beberapa tokoh politik terkemuka mengadakan rundingan “hangat” untuk memperoleh sokongan majoriti mudah 111 Ahli Parlimen.

“Tiada gabungan yang mempunyai laluan yang jelas untuk mendapatkan majoriti yang meyakinkan bagi membolehkannya mentadbir dengan baik,” kata Johari.

“Sekalipun mereka berjaya memperolehi majoriti mudah, kemungkinan besar ia amat tipis,” tambah Johari.

“Majoriti sedemikian akan terlalu rapuh bagi mana-mana pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan.



“Tambahan, pemimpin berkenaan terpaksa “menguruskan” agenda politik dan peribadi setiap parti dan pemimpin yang membentuk gabungan kerajaan berkenaan,” katanya.

“Ini hanya akan menambah beban perdana menteri (baharu), seperti yang terjadi pada pentadbiran sebelum ini.”

Johari berkata bahawa pentadbiran baharu perlu memberikan tumpuan kepada empat perkara – wabak Covid-19, kesihatan dan kesejahteraan rakyat, pengurusan kewangan kerajaan dan memulihkan ekonomi.

Keutamaan segera kini adalah menggiatkan usaha vaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok, katanya.



“Negara kita perlu ‘berehat’ daripada naratif politik semasa,” katanya. FMT

PM baharu tak boleh ada cita-cita politik jangka panjang

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker