‘Hantu Cina’ pun ambil vaksin

‘Hantu Cina’ pun ambil vaksin

SEGAMAT – Gelagat seorang lelaki yang mengenakan kostum karakter ‘hantu cina’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna di Jalan Genuang, di sini, semalam menarik perhatian ramai.

Sin Chong Yie, 35, bertindak sedemikian hanya kerana mahu menghiburkan petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan nyawa untuk memastikan imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera.

“Kostum ini dibeli saya beli secara dalam talian dan menerimanya melalui penghantaran pos dua hari lalu. Baju, seluar, penutup kepala selain wang kertas tiruan itu dibeli dengan harga RM30.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Saya berani memakai kostum itu pada hari siang namun tidak berani memakainya sewaktu malam hari kerana terasa takut juga, “selorohnya ketika ditemui di kediamannya di Taman Perumahan Bukit Siput di sini hari ini.

Penghantar makanan yang mendapat panggilan janji temu vaksin seminggu lalu dan membuat keputusan memakai kostum tersebut setelah mendapat kebenaran pihak PPV tempatnya disuntik terlebih dahulu.

“Proses bagi suntikan pertama vaksin pada jam 3 petang itu berjalan dengan lancar dan saya bercadang akan melakukan gimik lain untuk suntikan dos kedua pada 9 September nanti. Tunggulah kejutannya nanti,” ujarnya. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

‘Hantu Cina’ pun ambil vaksin

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker