Kementerian Kewangan tunggu laporan punca kebakaran

Kementerian Kewangan tunggu laporan punca kebakaran

Kementerian Kewangan memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan rasmi berhubung kebakaran kecil di bilik pembuangan sampah di bangunan kementerian itu hari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan mengesahkan kebakaran kecil dikesan pada jam 2.26 petang tadi di bilik sampah di Aras G Blok Utara, Bangunan Perbendaharaan.

“Kebakaran kecil tersebut telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya dan disahkan tidak merebak ke kawasan lain.

“Tiada kecederaan dan sebarang kerugian dilaporkan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Harian Metro melaporkan kebakaran di stor sisa pukal dan penyelenggaraan Blok Utara Kementerian Kewangan itu disedari seorang kakitangan kementerian yang berada di ruang parkir aras sama.

Sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK) bangunan itu turut diaktifkan menyebabkan penggera berbunyi.

Menurut laporan itu, Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya dan Unit Pengesan K9 akan mengenal pasti punca kebakaran serta anggaran kerugian. FMT

Kementerian Kewangan tunggu laporan punca kebakaran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker