Resepi Ayam Masak Bali Mantap

Resepi Ayam Masak Bali Mantap

Resepi ini merupakan masakan berasaskan ayam dan kicap. Namun begitu sudah tentu bagi peminat masakan berasaskan ayam tidak jemu dengan pelbagai idea.seperti resepi yang dikongsikan kali ini iaitu ayam masak Bali.

Masakan ini sangat ringkas tetapi ia sedikit berbeza dari segi rasanya jika dibandingkan dengan ayam masak kicap contohnya. Jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan yang diperlukan.



Bahan-bahan

2 batang serai
1 camca besar kicap
4 pelepah daun kari
½ cawan cili kisar
½ cawan air
garam secukup rasa
1 sudu besar rata gula atau secukup rasa
1 sudu teh penuh kunyit serbuk
1/2 ekor ayam saiz sederhana – potong selera, cuci bersih dan toskan
3/4 camca teh garam

Bahan Kisar

8 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
4 biji bawang besar
1inci halia



Kaedah

Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng ayam tadi hingga masak tetapi jangan dibiar garing.

Kurangkan minyak dalam kuali hingga tinggalkan 1/4 cawan minyak.

Tumis serai hingga naik bau kemudian masukan daun kari dan masak sebentar sahaja.



Masukkan cili kisar bersama bahan kisar halus. kacau rata hingga naik minyak dan agak garing.

Masukan gula dan garam secukup rasa.
Masukan ayam yang sudah di goreng tadi dan tambahkan air kacau sekali sekala dan biarkan hingga kuah pekat.

Akhir sekali, tambahkan kicap lemak manis dan gaul hingga rata.

Masak sekejap dan bila sudah masak boleh matikan api.
Siap!



Jika anda suka masakan yang pedas, gunalah cili kering jenis pendek dan berkilat kerana ia mempunyai yang sangat pedas. Sentiasa guna ayam yang segar untuk mendapatkan rasa yang lebih optimum. Diharap anda akan sudi mencuba resepi ringkas ini, selamat mencuba!

Resepi Ayam Masak Bali Mantap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker