5 perkara ajaib untuk direbut sebagai hamba Allah
5 perkara ajaib untuk direbut sebagai hamba Allah
Berkata al-Hassan al-Basri, “Sesungguhnya Allah S.W.T. memaafkan kamu dalam kekeliruan, kelupaan dan yang apa dipaksakan kepadamu.
Bahkan Allah juga memaafkan apa yang kamu tidak kuat melaksanakannya, serta dihalalkan kepadamu dalam keadaan darurat apa-apa yang telah diharamkan atas kamu. Bukan itu sahaja, tetapi Allah S.W.T. turut memberikan lima perkara ajaib untuk hambanya iaitu:
1. Memberi kepadamu kekayaan dari kurnia Nya. Kemudian Allah meminjamkan dari kamu, maka yang kamu berikan dengan sesuka hati, dilipat gandakan kepadamu dari sepuluh sampai tujuh ratus, bahkan sampai tidak dapat dihitung.
2. Mengambil daripadamu paksa, tetapi kamu rela dan sabar, maka Allah memberi kepadamu selawat dan rahmat Nya.
3. Jika kamu bersyukur maka akan ditambah lagi kurnianya sebagaimana firmannya, surah Ibrahim:7 “Dan ingatlah ketika mana tuhanmu memaklumkan, “sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepada mu. Tetapi jika kamu mengingkari nikmat Ku maka pasti azab Ku sangat berat.”
4. Andai kamu berbuat dosa sehingga kafir, kemudian bertaubat kepada Allah, maka Allah tetap memaafkan dan menyintaimu. Firman Allah yang bermaksud, “Allah suka pada orang-orang yang bertaubat dan suka pada orang-orang yang bersuci. (Al-Baqarah: 222)
5.Andaikan Jibril dan Mikail diberi sebagaimana yang diberi kepadamu, nescaya mereka merasa sudah luar biasa mendapat pemberian itu iaitu “Mintalah kamu kepada Ku nescaya Aku terima permintaanmu.” (al-Mukmin: 60). Utv
5 perkara ajaib untuk direbut sebagai hamba Allah
Baca Artikel Menarik :
- Kegilaan Mahiaddin Md. Yassin yang terdesak
- Pegawai menteri mula kemas pejabat
- Muhyiddin akan letak jawatan dalam tempoh terdekat
- PM cuba gambarkan PN ‘mangsa’, tapi mangsa sebenar 12k korban Covid
- Bos Mydin bidas gabenor BNM berhubung moratorium pinjaman
- Resepi Ayam Madu Leleh Confirm Sedap
- Izara Aishah padam semua gambar tak bertudung
Layari Laman Facebook MYKMU
Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’
You must be logged in to post a comment.