Aziz Isa terkejut beruk kena saman RM8j

Pembantu kepada seorang Ahli Parlimen DAP akan memohon mengenepikan perintah mahkamah untuk membayar RM8 juta kepada penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff sebagai ganti rugi dalam kes saman fitnah.

Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, berkata beliau terkejut mengetahui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman itu.

Ini kerana beliau tidak hadir di mahkamah disebabkan tidak menerima writ saman dan kenyataan tuntutan daripada peguam Kamarul.

Abdul Aziz hanya mengetahui mengenai keputusan mahkamah itu menerusi media sosial dan “ saya terkejut dengan berita itu.”



Abdul Aziz berkata beliau sudah membuka perbincangan dengan peguamnya untuk memohon mengenepikan keputusan mahkamah berkenaan yang di keluarkan pada 6 Nov lalu.

Kamarul, seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia, semalam berkata beliau memperolehi penghakiman untuk Abdul Aziz membayarnya RM8 juta sebagai ganti rugi kerana menfitnah beliau.

Mahkamah turut memerintahkan Abdul Aziz membayar faedah 4% setahun atas ganti rugi itu dan membayar kos tindakan berkenaan RM10,000 kepadanya atas 22 tuduhan fitnah.

Kamarul mendakwa Abdul Aziz menfitnahnya menerusi media sosial dan penulisan artikel yang antara lain mempertikaikan kelayakan akademik beliau dan menggambarkannya sebagai seorang yang sibuk dengan agama orang lain dan goyah iman.



Kamarul turut mengambil tindakan saman fitnah serupa terhadap ahli-ahli parlimen DAP iaitu Chong, Teresa Kok, Lim Kit Siang, Lim Lip Eng and Wong Kah Woh.

Dalam pada itu, peguam M Visvanathan yakin Abdul Aziz tidak bermasalah untuk mengenepikan perintah mahkamah itu kerana ganti rugi RM8 juta itu tidak melalui proses penilaian oleh mahkamah.

“Ganti rugi mesti dinilai dengan memanggil saksi,” kata beliau sambil menyifatkan pampasan RM8 juta itu “tidak masuk akal dan melampau.”

“Ahli keluarga banduan yang mati dalam jagaan polis diberikan ganti rugi maksimum RM400,000 dan ia melibatkan kehilangan nyawa.



“Dalam kes ini (RM8 juta), hanya untuk kehilangan reputasi tidak masuk akal,” kata Visvanathan. FMT

Dr Kamarul Yusoff menang saman RM8j ke atas Aziz Isa dari Dap



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker