Penghulu Derma Darah Buat Kali Ke-100 Dan Mahu Derma Darah Hingga Ke-150

Penghulu Derma Darah Buat Kali Ke-100 Dan Mahu Derma Darah Hingga Ke-150

SEREMBAN – Seorang penghulu mahu menjadikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-51, sesuatu yang istimewa apabila dia menderma darah buat kali ke-100 kelmarin.

Penghulu Mukim Port Dickson, Jamsari Mohamad, dia telah menderma darah selama 20 tahun sempena sambutan hari lahirnya pada 18 Ogos ini, dia nekad untuk menderma darah buat kali ke 100.

“Saya mula menderma darah sewaktu umur 18 tahun ketika bekerja sebagai Pembantu Jualan D’mart Felda Lui Timur, Jempol.

“Selepas itu, saya bertugas sebagai Pengurus D’mart di Felda Ciku 7, Jelai 2 dan terakhir di Felda Ciku 6, Gua Musang, Kelantan dan hanya mampu menderma sebanyak lapan kali kerana lokasi agak jauh untuk menderma darah.

“Selepas saya pulang ke Nilai saya memastikan saya menderma darah sebanyak enam kali setahun,” katanya kepada Kosmo! selepas menderma darah kali ke 100 di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dekat sini kelmarin.

Jamsari yang merupakan penderma darah jenis 0+ berkata, dia menyumbangkan sebanyak 450 milimeter darah setiap kali menderma.

“Sepatutnya saya akan menderma pada 18 Ogos ini sempena tarikh kelahiran saya namun, terpaksa diawalkan kerana dihubungi pihak tabung darah yang memaklumkan bekalan agak berkurangan,” katanya yang tidak mempunyai sebarang penyakit.

Menurutnya, dia mahu menderma sebanyak 150 kali menjelang usia 60 tahun. – K! ONLINE

Penghulu Derma Darah Buat Kali Ke-100 Dan Mahu Derma Darah Hingga Ke-150


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tahukah Anda… Kumpulan Darah Pengaruhi Risiko Hidapi Penyakit Jantung

7 herba terbukti baik untuk darah tinggi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker