TUDM sahkan anggota maut, dua jurulatih parah ketika latihan bom tangan

GEMAS – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlaku insiden kemalangan melibatkan tiga anggotanya ketika menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar, di Tapak Latihan Grenade Asas, Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin di Kem Syed Sirajuddin, di sini, hari ini.

TUDM menerusi kenyataannya berkata, kejadian tersebut membabitkan Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23.

“Kemalangan berlaku sekitar pukul 12.10 tengah hari mengakibatkan seorang penuntut meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala dua jurulatih mengalami kecederaan diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, TUDM telah menghubungi waris mangsa yang terlibat dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“TUDM juga akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Semua pihak diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan dijalankan oleh PDRM selesai dan menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat,” ujar kenyataan itu.

Kosmo! Online sebentar tadi melaporkan, seorang anggota TUDM maut manakala dua jurulatih parah selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan, hari ini.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker