Perdana Menteri tidak sah, risikokan negara pada perundangan
Perdana Menteri tidak sah, risikokan negara pada perundangan. Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mendakwa jawatan Perdana Menteri tidak sah boleh mengheret atau mendedahkan negara kepada risiko perundangan yang amat tinggi.
Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh disifatkan sebagai ‘misfeasance in public office’ boleh dikenakan saman atas kuasa tindakan.
“Pada tahun 2017, Mahkamah Persekutuan dalam negara ini pernah memutuskan isu tersebut antara lain memutuskan bahawa Perdana Menteri dan para menteri boleh disaman atas kuasa tindakan ‘misfeasance in public office’,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, Mohamed Hanipa berkata, kewujudan undang-undang dan Perlembagaan adalah bagi memastikan setiap tindakan mana-mana pihak khususnya kerajaan sentiasa sah dalam ruang lingkup tersebut.
Tambahnya, sering diperkatakan bahawa kewujudan Perlembagaan melambangkan kuasa kerajaan itu terhad dan tidak mutlak.
“Nampaknya, sekarang ini agak berbeza.
“Kewujudan Perlembagaan amat penting sebagai alat pengekang kuasa kerana jika mana-mana tindakan kerajaan itu tidak sah, hakikatnya ia meletakkan sesebuah negara itu berada dalam bahaya,” ujarnya.
Sementara itu, beliau berkata, tindakan Perdana Menteri ketika ini jelas melanggar sumpah kesetiaan yang diikrarkan bagi menjunjung dan mempertahankan ketinggiannya.
“Beliau sama sekali tidak menghormati undang-undang dan ketinggian Perlembagaan Persekutuan.
“Malang sungguh bagi Malaysia kerana terpaksa melakar sejarah buruk dan memalukan ini,” ujarnya.
Perdana Menteri tidak sah, risikokan negara pada perundangan
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU
Amaran keras diberi Sultan Johor untuk bubarkan DUN jika ada usaha jatuhkan kerajaan