Sultan Ibrahim beri amaran, bantu rakyat, bukan rebut kedudukan
Sultan Ibrahim beri amaran, bantu rakyat, bukan rebut kedudukan. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan rasa kecewa kerana ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa tatkala rakyat dalam keadaan susah.
Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook bertitah agar pemimpin menginsafi hakikat sebenar kuasa pemerintahan sempena tahun baharu hijrah hari ini.
“Saya berasa kecewa apabila ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berhadapan dengan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.
“Sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam, terutama pemimpin bangsa Melayu di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah SWT.
“… dan Dialah yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki,” titahnya.
Berikutan itu, baginda bertitah, semua pemimpin perlu jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah.
“…bukannya kepentingan diri sendiri sehingga mengugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air.
“Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan,” titah baginda.
Sultan Iskandar beri amaran, bantu rakyat, bukan rebut kedudukan
Baca Artikel Menarik :
- ROS maklumkan MT Umno hanya caretaker hingga selesai pemilihan
- Institusi raja perlu dipelihara, kuasa semak dan imbang terakhir rakyat
- Suara rakyat tak lagi bernilai jika ada isu ‘beli’ Ahli Parlimen
- Azlee Senario Kini Jual Buah-Buahan Di Pasar Tani
- Polis siasat gambar tular bendera Malaysia terbalik
- Resepi Sotong Bakar Portugis Mesti Cuba
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.