Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler

Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler

Sotong goreng tepung merupakan pilihan ramai kerana rasanya yang amat lazat. Akan tetapi, pernahkah anda rasa sotong goreng madu?

Rasa manisnya digabungkan dengan sos semasa makan pasti lebih kick dan menyelerakan. Ianya juga lebih digemari oleh kanak – kanak kerana rasanya yang manis.

Selalunya, ayam goreng madu menjadi pilihan, namun begitu, hidangan ini pastinya lebih lazat!

Resepi sotong goreng madu ini menggunakan bahan yang super ringkas dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.

Cara – cara pembuatannya juga amat mudah, hanya perlu gorengkan sotong, tumiskan bawang dan masukkan madu kemudian gabungkan saja bersama sotong tersebut. Mudah, cepat, lazat dan yang paling penting sekali lebih jimat!

Resepi ini dikongsikan oleh Lara Izz Zarah dan mendapat banyak komen positif di Facebook. Mari kita tengok resepi sotong goreng madu!

Bahan – bahan:

Sotong
Telur
Tepung jagung
Lada hitam
Sos cili
Bawang putih
Madu

Cara – cara memasak:

Campurkan sotong bersama sedikit garam, lada hitam, tepung jagung.

Kemudian, salutkan bersama telur.

Gorengkan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

Masukkan sos cili dan sedikit air, biarkan mendidih sebentar.

Masukkan madu, garam dan lada hitam.
Siap!

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda!

Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Lala Kam Heong Sedap dan Wangi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker