Resepi Sotong Bakar Portugis Mesti Cuba
Resepi Sotong Bakar Portugis Mesti Cuba
Hidangan Sotong Bakar Portugis ini mempunyai ramai peminat di sekitar kita. Mungkin para pembaca juga salah satu peminat hidangan ini. Kali ini, kami bawakan khas buat anda semua, resepi sotong bakar portugis yang amat lazat!
Resepi kali ini amat mudah dan lazat. Ianya pasti dapat menarik minat si pemakan. Jika anda hidangkan kepada yang tersayang, pasti mereka suka!
Resepi ini dikongsikan oleh Atie Jumaat dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.
Bahan – bahan:
Sotong besar 5 ekor (potong 4)
Minyak bawang putih 4sb
Kacang Bendi (hiris)
Daun limau purut (hiris halus)
Gula perang 1sb
Garam
Bahan Kisar:
Lada merah 7 tangkai
Cili padi merah 6 tangkai
Bawang besar 2 biji
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 1 inci
Serai 1 batang
Tomato 1 biji
(kisar halus semua)
Cara – cara penyediaan:
Ketuk dan cincang kasar kasar 6 biji bawang putih.
Kemudian, panaskan minyak sebanyak 4 sudu besar.
Gorengkan bawang sehingga kekuningan.
Angkat dan sejukkan bawang bersama minyak.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
Masukkan sotong dan gaul sebati.
Masukkan sotong kedalam aluminium foil. Tutup dan bakar kedalam ketuhar selama 15 minit.
Koyakkan aluminium foil dan masukkan kacang bendi. Masak sekejap sahaja.
Apabila sudah masak, curahkan minyak bawang putih dan taburkan daun limau purut yang telah dihiris.
Siap!
Jangan lupa share resepi sedap ini dengan kawan-kawan dan keluarga. Memang mesti cuba, sedap betul.
Resepi Sotong Bakar Portugis Mesti Cuba
Baca Artikel Menarik :
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.