Pengembara luar berisiko bawa varian baharu
Pengembara luar berisiko bawa varian baharu. Kerajaan perlu membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membenarkan pengembara dari luar negara menjalani kuarantin di rumah dengan melihat situasi beberapa negara lain seperti Australia dan Taiwan ketika ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, ia penting bagi mengelakkan Malaysia terdedah kepada risiko kemasukan varian baru yang lebih ganas seperti Lambda dari United Kingdom (UK).
Jelasnya, belum tiba masanya untuk negara membuka pintu sempadan secara luas.
“Di Taiwan, mereka sekian lama berjaya mengekang (penularan Covid-19) (dan) begitu juga dengan Australia. Begitu lama mengekang (tetapi) apabila buka sedikit pintu (sempadan negara) sahaja varian (baharu Delta Plus dan Lambda menular dengan cepat).
“Kalau kita tidak belajar daripada apa yang berlaku di negara lain, maka kita bakal berdepan masalah sama,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau mengulas sama ada Malaysia akan terdedah kepada risiko varian Lambda dari UK susulan keputusan kerajaan membenarkan pengembara luar negara menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Sazaly berkata, kerajaan seharusnya menumpukan usaha menyempurnakan program vaksinasi penduduk bagi membolehkan imuniti kelompok dicapai terlebih dahulu.
“Kita tidak boleh membuat pertimbangan dengan melihat kelonggaran yang dilaksanakan di luar negara seperti UK kerana mereka hampir mencapai 80 peratus penduduk yang divaksin.
“Pendekatan sama tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana kadar vaksinasi kita masih rendah khususnya di negeri terutama yang beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara,” katanya.
Pengembara luar berisiko bawa varian baharu
Baca Artikel Menarik :
- Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU