Alibaba pecat pengurus selepas kes serangan seksual

Sebaran :

Alibaba pecat pengurus selepas kes serangan seksual

BEIJING: Alibaba Group Holding memecat seorang pengurus atas tuduhan merogol, selepas mangsa yang menceritakan kejadian yang menimpanya menjadi viral di media sosial, yang mendedahkan masalah budaya pemimpin e-dagang China.

Li Yonghe, yang dilantik bulan lalu untuk menerajui bahagian yang ditubuhkan, iaitu mengawasi perniagaan bukan runcit Alibaba daripada penghantaran makanan sehingga kepada perjalanan, meletak jawatan bersama-sama ketua sumber manusia kerana tidak mengambil tindakan dalam kejadian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Daniel Zhang melalui memo dalaman yang dilihat oleh Bloomberg News berkata, tuduhan serangan seksual, yang pertama kali dilaporkan oleh pekerja pada 2 Ogos lalu, mendedahkan cabaran sistemik berhubung mekanisme syarikat.

Kejadian itu, yang membabitkan pelanggan luar dan beberapa eksekutif terjadi pada malam ketika mereka minum minuman keras, mendedahkan penganiayaan terhadap pekerja wanita yang meluas di seluruh syarikat di China, di mana gerakan #MeToo gagal mendapat sambutan meluas seperti di Silicon Valley atau di tempat lain.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zhang, dalam memony, menggambarkan luahan emosi di intranet Alibaba dan berjanji untuk meningkatkan perlindungan bagi wanita di syarikat itu, selain menyentuh mengenai kegagalannya untuk bertindak.

“Di sebalik keprihatinan mendalam semua orang mengenai kejadian itu, bukan hanya rasa simpati dan perhatian terhadap rakan mereka yang trauma tetapi juga kesedihan luar biasa atas cabaran dalam budaya Alibaba.

“Kejadian ini adalah penghinaan bagi semua Aliren. Kita mesti bina semula, dan berubah,”katanya.

Tidak jelas bagaimana pengunduran Yonghe akan mempengaruhi perniagaan Alibaba, iaitu bahagian perkhidmatan tempatan yang disebut salah satu senjata syarikat yang berkembang pesat dan bersaing dengan syarikat gergasi lain seperti Meituan di sektor bahan makanan.

Sebilangan besar komen pada hujung minggu tertumpu kepada kegagalan Alibaba bertindak sehingga tuduhan itu disebarkan. BH

Alibaba pecat pengurus selepas kes serangan seksual

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib


Sebaran :

Leave a Reply