Lebih 200 tetamu hadiri pengebumian pesakit Covid-19 diarah kuarantin

BANGKOK – Lebih 200 penduduk di daerah Nong Phai, Thailand, diarah menjalani kuarantin selepas menghadiri satu acara pengebumian seorang wanita yang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19, lapor portal berita Thaiger semalam.

Nufuei Mala, 78, yang menghidap diabetes dimasukkan ke hospital pada 3 Disember lalu kerana mengalami keletihan, demam panas, cirit-birit dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Disebabkan pada ketika itu dia didapati negatif Covid-19, doktor kemudiannya memutuskan untuk menjalankan ujian kedua terhadapnya iaitu ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (RT-PCR).



Bagaimanapun, ketika menunggu keputusan ujian kedua, Nufuei meninggal dunia dan keluarganya dibenarkan mengambil mayatnya untuk dikebumikan.

Bagaimanapun, keputusan ujian yang keluar semalam mendapati bahawa wanita itu positif Covid-19.

Susulan kejadian itu, Hospital Daerah Nong Phai mengaku bersalah kerana membenarkan keluarga Nufuei mengambil mayatnya untuk dikebumikan.

Pengarah Hospital Daerah Nong Phai turut bertemu dengan keluarga Nufuei untuk memohon maaf atas sikap tidak bertanggungjawab pihaknya dengan membenarkan mayat diambil sebelum keputusan ujian Covid-19 diterima.



Setakat ini, tidak dijelaskan sama ada penduduk yang menghadiri majlis pengebumian itu telah melakukan ujian saringan ataupun tidak. – Agensi

Lebih 200 tetamu hadiri pengebumian pesakit Covid-19 diarah kuarantin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib aset UMNO, bantu parti hadapi PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker