Bukan Sahaja Migrain, Ada 5 Punca Sakit Kepala Berpanjangan!

Sebaran :

Bukan Sahaja Migrain, Ada 5 Punca Sakit Kepala Berpanjangan!

ADA di antara kita yang mungkin pernah mengalami sakit kepala dari masa ke semasa malah adakalanya ia berpanjangan!

Meskipun kebanyakan penyebabnya tidak membahayakan nyawa namun rasa sakit berpanjangan itu boleh menyebabkan rasa tidak selesa selain mengganggu aktiviti seharian.

Sebenarnya terdapat pelbagai sebab kepada sakit kepala berpanjangan seperti perubahan hormon atau masalah kesihatan lain yang serius sama ada sedar atau pun sebaliknya.

1. Rebound headache

Ketika mengalami sakit kepala biasanya kita akan mengambil ubat seperti ibuprofen atau paracetamol bagi mengurangkan rasa sakit. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan ubat itu juga boleh memicu rasa sakit kepala?

Keadaan ini disebut sebagai rebound headache atau sakit kepala berulang. Ia terjadi disebabkan pengambilan ubat penghilang kesakitan berlebihan atau dalam tempoh yang panjang.

Sakit kepala.

Migrain bukan satu-satunya punca sakit kepala berpanjangan.

2. Migrain

Migrain adalah sejenis sakit kepala parah yang boleh berlaku selama berhari-hari bahkan berminggu-minggu. Ia biasanya berlaku dengan rasa sakit biasa sebelum kesakitan itu meningkat menjadi teruk.

Antara gejala migrain termasuklah mata menjadi kabur, muncul titik buta atau gelap pada pandangan, hilang penglihatan sementara dan sensitif terhadap cahaya.

Ia boleh menjadi teruk apabila rasa sakit itu bertukar berdenyut-denyut, sakit belakang mata, mual, muntah, peka terhadap bau dan ada juga berasa mabuk.

3. Sakit kepala akibat tekanan

Kebimbangan melampau (anxiety), tekanan dan gangguan perasaan juga dapat memicu sakit kepala berpanjangan. Bagi mereka yang mengalami masalah anxiety atau panik lebih mudah terkena serangan sakit kepala ini.

4. Cervicogenic

Cervicogenic merujuk kepada rasa sakit kepala tanpa punca. Kesakitan ini biasanya boleh bermula pada bahagian leher dan kesakitan itu akan berterusan membawa ke bahagian kepala.

Punca kesakitan ini juga sebenarnya boleh didasari oleh kecederaan lampau, keradangan sendi, patah tulang, tumor atau pun jangkitan kuman.

5. Otak bergegar

Otak bergegar dan kecederaan kepala yang lain mungkin boleh menyebabkan masalah sakit kepala berpanjangan. Keadaan ini turut disebut sebagai sindrom post-concussion syndrome yang boleh berlaku selama berbulan-bulan selepas mengalami trauma.

Bukan Sahaja Migrain, Ada 5 Punca Sakit Kepala Berpanjangan!


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Yang degil masih sokong, sedang mencari nahas

Noor Hisham tersepit, dipersoal berat sebelah


Sebaran :

Leave a Reply