Saya nasihat Mahathir jadi negarawan tetapi beliau tolak – Jomo

Saya nasihat Mahathir jadi negarawan tetapi beliau tolak – Jomo

Ahli ekonomi Jomo Kwame Sundaram berkata, beliau pernah menasihati Dr Mahathir Mohamad supaya tidak terbabit dengan politik dan menjadi seorang negarawan tetapi ditolak oleh bekas perdana menteri itu.

Jomo berkata, kira-kira lapan bulan lalu, beliau menasihati Mahathir untuk memainkan peranan sebagai seorang negarawan yang dihormati untuk negara membangun.



“Saya menasihati Mahathir, daripada terus terbabit dalam politik Malaysia, beliau patut mengambil peranan sebagai negarawan yang dihormati untuk negara membangun.

“Sudah pasti seperti biasa beliau menolak nasihat saya,” kata Jomo dalam satu forum anjuran Oxford and Cambridge Society of Malaysia.

Mahathir secara rasmi menyertai Putra yang diterajui Ibrahim Ali sebagai penasihat pada awal bulan ini.

Tindakan itu diambil kurang sebulan selepas Mahathir dan 12 lagi pemimpin keluar Pejuang, parti yang ditubuhkan pada 2020, susulan keputusan Presidennya Mukhriz Mahathir yang keluar dari gabungan Gerakan Tanah Air (GTA).



GTA sebuah gabungan yang disertai parti Melayu, NGO, ahli akademik dan profesional yang ditubuhkan Mahathir pada tahun lalu. Putra juga ahli gabungan GTA. FMT

Saya nasihat Mahathir jadi negarawan tetapi beliau tolak – Jomo

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hattan ‘sound’ Syamsul ke?

Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul



Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker