Pandelela tamatkan misi di tempat tercorot

Pandelela tamatkan misi di tempat tercorot

KUALA LUMPUR: Persembahan kurang kemas pada terjunan pertama menyaksikan Pandelela Rinong Pamg hanya meraih 18 mata, sekali gus meranapkan impian ratu terjun negara itu meraih pingat di Pusat Akuatik Tokyo, sebentar tadi.

Selepas terjunan pertama itu, Pandelela jelas tampak kecewa namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk kembali bangkit mempamerkan persembahan menarik dan mengumpul 71.05 mata pada terjunan kedua pada aksi final acara 10 meter (m) platform individu wanita itu.

Atlet berusia 28 tahun itu seterusnya meraih 60.80 mata pada terjunan ketiga dan 52.80 mata (terjunan keempat) sebelum memuktamadkan penyertaan di Tokyo dengan 43.20 mata di terjunan kelima.

Secara keseluruhan, Pandelela yang memenangi pingat gangsa dalam acara itu di Olimpik London 2012, mengumpul 245.85 mata dalam lima terjunan dan berada di kedudukan terakhir daripada 12 peserta di pentas final.

Pingat emas dimenangi penerjun China yang baharu berusia 14 tahun, Quan Hongchan yang mengumpul 466 mata keseluruhan manakala rakan senegaranya, Chen Yuxi meraih perak (425.40 mata).

Pingat gangsa dimenangi penerjun Australia, Melissa Wu yang mengumpul 371.40 mata. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Pandelela tamatkan misi di tempat tercorot


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker