Sedap kata, nombor apa kamu ada, nombor ekor?, Ridhuan Tee tempelak Anwar
Sedap kata, nombor apa kamu ada, nombor ekor?, Ridhuan Tee tempelak Anwar. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mengemukakan bukti sekiranya benar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti di Parlimen.
Ini susulan dakwaan beliau bahawa bebeberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah menyatakan untuk keluar dan menarik sokongan kepada kerajaan sedia ada.
“Kerajaan Mahiaddin (Muhyiddin) telah jatuh, tumbang hari ini. Saya mendapat maklumat ada Ahli Parlimen yang minta keluar daripada Perikatan Nasional (PN).
“Dengan 107 (Ahli Parlimen) di sini campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan,” dakwa Anwar.
Mengulas perkara itu, pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah secara sinis berkata, rakyat sudah bosan mendengar dakwaan ini yang bukan perkara baharu tetapi sudah lama.
“Sedap saja kata ada nombor. Nombor apa yang kamu ada, nombor ekor?
“Sedap sahaja ketua pembangkang ultra kiasu kata kerajaan telah jatuh selepas 107 Ahli Parlimen turun berdemo hari ini.
“Takkan kerajaan boleh dijatuhkan dengan kehadiran 107 Ahli Parlimen turun berdemo. Kita bukan seperti Thailand dan Arab Spring,” katanya dalam kenyataan kepada Ismaweb.net hari ini.
Pada masa sama, beliau mengingatkan ketua pembangkang bahawa politik ini bukan seperti nombor ekor, namun boleh menjadi salah satu bentuk judi, jika ketamakan dan kerakusan menguasai diri.
“Saya nak tanya juga, jumlah 107 adakah semuanya menyokong ketua pembangkang ini jadi Perdana Menteri. Saya tidak fikir sebegitu. Tak percaya, tanya Pejuang dan Warisan. Sokong atau tidak kamu jadi Perdana Menteri.
“Asyik main nombor saja, ngalah Cina yang suka main nombor,” katanya sinis.
Susulan melihat rakyat berdepan kesukaran, Ridhuan Tee menasihati ketua pembangkang untuk tidak menjadi seperti budak-budak dan berhenti berpolitik.
“Kamu pergi berhimpun, bawa virus, nanti berjangkit pada orang lain.
“Tunggu saja PRU15, masuk gelanggang bagi menunjukkan ‘kejantanan’ sebenar. Sekarang bukan masa untuk tunjuk,” katanya.
Sedap kata, nombor apa kamu ada, nombor ekor?, Ridhuan Tee tempelak Anwar
Baca Artikel Menarik :
- Saya dah tutup pintu depan, tapi…
- Takiyuddin masuk hospital, jalani pembedahan jantung
- Resepi Spaghetti Gigi Hadid Viral Lagi Sedap
- Sarah Irdina dipaksa bogel dalam lokap,polis nafikan
- Mall tutup 3 hari, parlimen sampai 2 minggu
- Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak
Layari Laman Facebook MYKMU
Polis nafi halang MP masuk parlimen, tapi nak sekat ‘perhimpunan haram’