Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best

Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best

Resepi kali ini merupakan cara untuk menyediakan kacang kuda berempah. Kacang kuda merupakan sejenis kacang yang diimport daripada negara luar seperti India dan beberapa negara Mediterranean. Ianya mempunyai banyak khasiat dan digemari oleh mereka yang sedang berdiet. Ada pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan kacang kuda ini. Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara untuk menyediakan kacang kuda berempah yang biasanya dijual. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

3 cawan kacang kuda yang telah siap direbus (rendam semalaman dan rebus hingga empuk)
2 tangkai daun kari, dilurut
4 tangkai cili kering, hiris serong, buang bijim cuci dan toskan
1/2 camca teh penuh biji sawi
1/2 camca teh penuh jintan halus
1/2 camca teh penuh jintan kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 camca teh serbuk cili
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

Panaskan 2 camca besar minyak masak.

Tumis cili kering dan dau kari hingga harum, masukkan biji sawi, jintan halus dan jintan kasar. Goreng hingga wangi,tolak ke tepi kuali.

Masukkan bawang putih tumbuk, serbuk cili dan serbuk kunyit.

Kacau rata dan gaul dengan bahan2 lain, guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan kacang kuda, tambah garam dan sedikit gula (anggaran 1/2 camca teh).

Gaul rata dan goreng sekejap.

Pastikan kacang kuda bersalut dengan bahan-bahan rempah tadi.
Siap!

Dalam bahasa inggeris kacang kuda ialah chick pea dan ada banyak lagi resepi lain yang menggunakan kacang ini. Malah begitu banyak khasiatnya dan rasa yang sangat sedap sesuai dijadikan kudapan dan yang menariknya anda boleh sediakan sendiri resepi ini. Selamat mencuba.

Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Bubur Pulut Hitam Sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker