Resepi Gulai Nangka Muda Ikan Masin Sempoi
Resepi Gulai Nangka Muda Ikan Masin Sempoi
Mencari resepi gulai nangka muda? Resepi ini merupakan salah satu resepi masakan utara yang sangat popular dan digemari terutama di kalangan peminat masakan kampung. Gulai nangka muda bersama ikan masin ini diperbuat menggunakan serbuk kari dan dimasak seperti mana kari yang biasa kita dapati.
Bagaimana pun gabungan nangka muda bersama ikan masin ini amat sedap dan menyelerakan. Sebelum gulai ini dimasak amat penting untuk merebus nangka muda dengan air dan sedikit minyak kerana nangka muda amat bergetah. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati dipasar berdekatan.
Bahan kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan lain
3 sudu serbuk kari daging atau ikan
2 keping nangka muda – direbus
Ikan masin kurau (apa-apa jenis pun boleh)
1 biji kelapa – santan/1 kotak santan
Garam
1 keping asam keping
Kaedah
Nangka direbus dalam air mendidih. Angkat, tos dan potong kecil. Ketepikan.
Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak.
Masukkan nangka yang telah direbus, asam keping dan sedikit garam.
*hati -hati dengan sukatan garam kerana ikan masin digunakan telah mempunyai garam.
Masak sehingga semua masakan sebati, baru tutup api.
Siap!
Dalam masakan ini santan yang digunakan ialah santan kotak namun lebih sedap jika menggunakan santan yang suka. Rempah yang digunakan boleh jadi rempah daging atau ikan atau kedua-duanya sekali. Masakan ini sedap sekali dimakan bersama sama belacan nasi panas dan Ulam ulaman. Jangan lupa mencuba resepi ini untuk hidangan anda sekeluarga!
Resepi Gulai Nangka Muda Ikan Masin Sempoi
Baca Artikel Menarik :
- Pemuda Pas jangan lebih sudu dari kuah
- TPM tak ambil alih secara automatik jika PM berundur
- Nazri kata surat akuan MP BN sahih, dalam ‘simpanan TPM’
- Molek MCA dan MIC ikut nasihat Gerakan dari asyik menumpang tuah
- Hanya undi dalam Parlimen dikira, bukan dakwaan sokongan
- Resepi Aiskrim Goreng Sempoi, 2 Bahan jer
Layari Laman Facebook MYKMU
Resepi Spaghetti Gigi Hadid Viral Lagi Sedap
You must be logged in to post a comment.