Tak perlu guling atas jalan, undi di Dewan Rakyat
Tak perlu guling atas jalan, undi di Dewan Rakyat
Tak perlu ‘berguling’ atas jalan, undi di Dewan Rakyat bukti paling jelas, kata Najib
Najib Razak berkata undian di Dewan Rakyat adalah bukti paling jelas sama ada Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti atau tidak.
Beliau berkata, undian itu juga tidak boleh dinafikan oleh sesiapa termasuk Peguam Negara, Idrus Harun yang sebelum ini mengatakan Muhyiddin mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.
“Sebab itu, Yang di-Pertuan Agong sudah empat kali titah agar Parlimen sambung bersidang dan Ordinan-ordinan Darurat dibahas (dan diundi) dalam Dewan.
“Supaya boleh buktikan pada semua secara umum termasuk kepada Agong sama ada perdana menteri memperoleh sokongan majoriti ke tidak,” katanya di Facebook.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, cukup hanya melakukan undian di Dewan Rakyat untuk membuktikannya tanpa perlu untuk turun berguling di atas jalan raya ketika pandemik.
Katanya, bagaimanapun kerajaan Perikatan Nasional (PN) sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelak undian di Dewan Rakyat.
“Ini termasuk menipu di dalam Dewan Rakyat, derhaka pada Agong, gunakan apa sahaja alasan untuk elak buka dan tangguh Parlimen.
“Sebab dia tak ada majoriti. Nak tahu saya dan rakan-rakan sokong perdana menteri ke-8 (Muhyiddin) atau tidak?
“Tunggu undian bagi sebarang usul dalam Parlimen,” katanya. FMT
Tak perlu ‘berguling’ atas jalan, undi di Dewan Rakyat bukti paling jelas, kata Najib
Tak perlu guling atas jalan, undi di Dewan Rakyat
Baca Artikel Menarik :
- Saya dah tutup pintu depan, tapi…
- Takiyuddin masuk hospital, jalani pembedahan jantung
- Resepi Spaghetti Gigi Hadid Viral Lagi Sedap
- Sarah Irdina dipaksa bogel dalam lokap,polis nafikan
- Mall tutup 3 hari, parlimen sampai 2 minggu
- Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak
Layari Laman Facebook MYKMU